Kalau korang perasan, sejak bulan lepas resepi ni viral gila dekat media sosial. Bukan setakat visualnya yang menggiurkan, tapi juga sebab memang ramai yang dah cuba kata sedap!

Jadi hari ni sis nak share balik resepi mango milk cheese viral tu dengan korang. Ini kalau korang minum sejuk sejuk masa musim panas memang nikmat tak terkata uols! Gerenti.

Kredit: @cookingwithhel

Bahan dia tak banyak pun. Cumanya korang kena bahagikan dua, satu untuk isi satu lagi untuk milk cheese.

Untuk bahan isi korang hanya perlukan:

  • Buah mangga – dipotong dadu
  • Jeli perasa mangga – dipotong dadu
  • Nata de coco – nak sedap letak perasa mangga juga
  • Biji selasih – direndam

Bahan untuk milk cheese pulak:

  • Isi buah mangga
  • Creamcheese
  • Susu full cream
  • Susu sejat
  • Susu pekat

Cara penyediaan:

  1. Campur bahan milk cheese dalam pengisar, kisar sampai halus.
  2. Lepas tu campurkan milk cheese tadi dengan bahan isi dan biarkan sekejap dalam peti ais.

Bila dah sejuk, bolehlah dihidangkan! Memang menyelerakan korang. Sis tak tipu. Ini kalau buat kat anak-anak kejap je ni habis.

Jangan lupa cuba tau. Sis pun nak cubalah nanti. Makan sambil layan K-Drama memang tambah kenikmatannya.