Mi rojak kalau pekena masa petang-petang memang heaven tak tahu nak kabo macam mana. Sedapnya makanan resepi Malaysia ni hanya Tuhan je tahu. Nak pulak dapat yang kena dengan selera tekak. Double triple rasa nikmat tu.

Tapi musim COVID-19 ni, kedai yang selalu kita lepak petang-petang pun dah jarang buka. Kalau buka pun nak duduk lama pun rasa takut sebab wabak COVID-19 ni masih lagi belum reda.

Jadi solusinya apa? Masak jelah tak pun order delivery. 

Jadi hari ni sis Yana nak share sikit resepi mudah mi rojak yang terlajak sedap daripada Mama Sal untuk hidangan isi rumah. Mama Sal ni, rajin betul masak untuk family dia. Semuanya sedap-sedap pula tu. Yang penting, langkah dia semuanya mudah-mudah. 

Bahan kuah kacang

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Kacang tanah ½ kilo (sangai dan kisar)
  • Biskut Marie dalam 10 keping (kisar dan dibancuh)
  • Asam jawa

Cara penyediaan kuah kacang

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering, panaskan minyak dan bila minyak dah panas tumis bawang yang telah dikisar bersama cili kering.
  2. Bila dah naik bau masukkan air asam jawa ye. Bila dah mendidih masukkan kacang yang telah dikisar tadi.
  3. Masukkan gula garam secukup rasa. Selepas itu masukkan biskut Marie yg telah dibancuh. Masa masukkan biskut Marie tu kita kena kacau sebab takut bertetel atau berketul. Kacau sampai lah rasa dah tak berketul ketul ye.

Hasil kuah kacang

Cantik kan kejadian kuah dia.

Bahan cucur rojak:

  • Tepung gandum
  • Tepung goreng pisang adabi
  • Daun kucai (kalau takde letak taugeh pun boleh)
  • Udang kertas
  • Yis (ambil setengah yis dan bancuh dengan air)

Cara penyediaan cucur rojak:

  1. Macam Mama Sal sebab makan dalam hidangan yang kecil jadi sukatan tepung gandum tu saya sukat guna bekas taufu fa. Jadi ikut berapa banyak kita nak buatla ye.
  2. Letak tepung gandum tu dalam 2 bekas. Lepas tu masuk 3 sudu tepung goreng pisang adabi.
  3. ½ yis yang telah dibancuh lepas tu tambah garam dan gula. Masukkan udang kertas dan daun kucai/tauge.
  4. Bancuh kesemua bahan tu dalam satu bekas. Jangan terlampau cair dan jangan terlalu  pekat.  Sedang sedang saje ye.
  5. Bila dah siap bancuh dalam setengah jam tu boleh la goreng.

Hasil cucur:

Bulat-bulat chuouls.

Bahan tambahan rojak:

  • Jangan lupa mi kuning (tak jadi mi rojak nanti)
  • Timun
  • Tauge (letak boleh tak letak pun ok)
  • Sengkuang
  • Tauhu goreng
  • Telur rebus
  • Salad

Mudah je kan resepi Mama Sal ni. Sis pun nak cubalah nanti. Terliur sungguh tengok resepinya. Bila dah campur-campur semua, jadilah hasilnya macam ni:

Kredit gambar: Saleha Maarof
Sumber: Mama Sal 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!