Sebut je nasi daging air asam dah terbayang-bayang rasa sedap menu dari utara ini, Nasi yang harum dengan bau daging ditambah pula dengan cicahan air asam, memang kena sangat kombinasinya.

Tengok pada set nasi daging ini, ramai yang rasa ianya renyah untuk disediakan. Tapi jangan tak tahu, sebenarnya menu masakan Malaysia ini memang mudah dan sangat ringkas penyediaannya.

Kredit: Dari Dapur

Jom belajar buat nasi daging air asam daripada Puan Ell untuk hidangan antara 5 -6 orang. Nak tahu tip bonus nasi daging pasti jadi dan kegemaran isi rumah? Jangan lupa stay tuned.

Bahan-bahan nasi daging:

  • 2 cawan beras basmathi
  • 600gm daging lembu
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • ½ inci halia*
  • 1 ketul pati ayam
  • 3 sb serbuk kurma (saya guna maksiti)
  • 2 sb susu cair
  • 2-3 batang daun ketumbar
  • 1 helai daun pandan
  • 1 btg kayu manis
  • 1 ketul bunga lawang
  • 3 ketul biji pelaga
  • 3 ketul cengkih
  • 2 cawan air rebusan daging
  • 3 sb minyak
  • 1 sb ghee

Bahan-bahan air asam:

  • 15 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji tomato (size sederhana)
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji limau kasturi
  • ½ sb pati asam jawa
  • ½ sb serbuk belacan
  • Sedikit garam
  • 1 sb gula halus
  • 4 sb air tapisan (bancuh pati asam jawa)
Kredit: Puan Ell Sakimin

Cara penyediaan nasi daging:

  1. Potong-potong daging dan rebus hingga empuk. Beras basmathi basuh bersih dan rendam selama setengah jam. Sementara menunggu boleh siapkan air asam dulu.
  2. Kisar bahan dengan tanda (*). Panaskan minyak dan minyak sapi.
  3. Tumis 4 sekawan. Masukkan bahan kisar dan kiub ayam. Tumis hingga naik bau.
Kredit: Puan Ell Sakimin
  1. Kemudian masukkan serbuk kurma yang dilarutkan air sedikit. Masuk daun ketumbar dan pandan. Kacau sebentar. 
  2. Masukkan air rebusan daging dan susu cair. Perasakan dengan garam.
  3. Toskan beras. Susun daging ke dalam periuk nasi. Dan tuangkan air tumisan. Jangan gaul ye. Ratakan sikit. Terus masak. Bila dah masak tunggu tanak sekejap barulah dikais nasi. Barulah cantik nasi, gebu, berderai dan tak patah.

Cara penyediaan air asam:

  1. Potong bawang dan tomato memanjang. Bancuh air asam (guna air penapis). Campur sekali dalam tu air perahan limau, air asam jawa, garam dan gula.
  2. Kalau nak cepat boleh blend cili dan tapiskan. Nak tumbuk manual pun boleh. Campur semua dalam satu bekas dan masukkan ½ sb serbuk belacan. Gaul sebati dan air asam pun siap!
Kredit: Puan Ell Sakimin
Kredit: Puan Ell Sakimin

Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Sumber: Puan Ell Sakimin 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!