Pernah terfikir tak yang bila kita masuk garam pun ada bagi kesan dekat masakan? Contohnya masa awal masak, akhir masak atau pun masa duk perap bahan nak masak tu.

Ahli kimia, Fatimah Salim ada jelaskan kesan garam dengan waktu bila kita tambah garam dalam masakan.

Sebenarnya letak garam pada bila-bila masa tak ubah pun kimia garam yang terdiri daripada kristal natrium klorida tu sebab sifat ion natrium adalah sangat stabil.

Masuk garam awal

Kalau masuk garam masa awal-awal masak, ianya akan buat masakan kita sebati je rasa masinnya sebab serapannya cukup ke dalam komponen masakan.

Kredit: Majalah Pa & Ma

Masuk lepas masak

Kalau masuk lepas masak, garam tu akan bagi rasa unik dekat masakan. Tapi ni untuk masakan tanpa air sebab rasa sensasi garam yang larut dalam air liur.

Kesan garam pada perapan

Kalau awal-awal dah letak garam dekat daging yang diperap, kesannya daging akan jadi keras sebab garam dah keluarkan jus daging. Tapi bila dah dimasak lama, daging akan jadi lembut balik dan kuah dia akan rasa lebih sebati.

Cumanya bila daging diperap dengan garam dalam 40 minit, ianya akan jadikan daging lebih lembut bila dimasak sebab garam dah lemahkan ikatan dalam protein daging.

Kredit: Cheyah Saripudin

Nak senang, masa nak masak barulah letak garam dekat daging. Sebab kalau perap bawah 40 minit, nanti daging akan jadi liat.

Jadi lepas ni dah tahu lah kan bila nak masuk garam yang sesuai dalam jenis masakan. Moga nanti bertambah-tambah sedaplah kita masak yee. 

Hehe, selamat mencuba!

Kredit gambar utama: The Independent