Musim panas mesti nak cari benda yang boleh sejukkan tekak kan? Kalau dah dapat tu memang nikmat tak terkata.

Dulu-dulu puding triffle ni memang in trend betul. Tapi bila dah lama-lama, resepi ni macam tenggelam dan digantikan dengan resepi pemanis mulut yang lain.

Jadi hari ni, sis nak share sikit resepi masak mudah dan cepat versi pudding triffle lejen dari Nuralia Idayu yang senang je korang nak buat tapi rasa dia memang sedap!

Bahan-bahan:

1. Base:

  • Kek swiss roll pandan/chocolate 

2. Tengah (custard):

  • 1 cawan tepung custard
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu cair
  • ½ cawan gula
  • 2-3 sudu besar susu pekat

Notes: Untuk custard, kalau nak buat sikit just bahagikan dua je sukatan tu.

3. Top (jelly):

  • Jelly buah (strawberry/raspberry) jenama Nona atau brand yg korang biasa guna 
  • 1 tin buah cocktail
  • 1 tin buah lychee
  • 1 bekas nata de coco (lychee)

Cara penyediaan:

  1. Tapis air buah & air lychee, asingkan buah & air. Lychee sis carikkan jadi halus-halus macam isi ayam dah ? nata de coco amik isi je untuk mix skali dgn buah-buah.
  1. Potong kek swiss roll, letak dkat dalam bekas yang uolls nak. Pastikan susun rapat-rapat ye, takde social distancing ni. Renjiskan/titiskan rata air buah dekat permukaan kek. 
  2. Untuk custard, letak semua bahan sekaligus dalam 1 periuk. Jangan bukak api lagi, kacau sebati dulu, baru boleh bukak api, sederhana perlahan. Kacau sampai likat & berkilat (dalam gambar).
  1. Agihkan custard dalam bekas yg berisi kek tadi. Btw, jangan tunggu custard sejuk. Nanti berketul. 
  2. Settle letak custard, susun buah-buahan. Nak meriah lagi, letak la banyak. Sis jenis tak makan buah, sis mampu buat untuk orang je ?
  1. Jelly ni ada dah cara untuk buat dekat kotak. So, just follow je la apa yg dia suruh.
  2. Kalau dah siap kacau untuk jelly, agihkan dalam bekas-bekas yg korang dah letak buah tu. Tunggu betul-betul sejuk letak dalam peti.

Mudah je kan?

Nak lagi sedap, korang boleh simpan semalam dalam peti sejuk. Custard tu lagi sejuk, lagilah sedap makan. Sudahlah kejadiannya pun cantik!

Risau bahan-bahan cepat habis? Korang pergi je TF Value Mart sebab TF Value Mart memang selalu restock barang-barang dia. Harga pun memang harga rakyat marhaen sebab barang runcit murah-murah je dekat sana.

Apa-apa pun, jangan lupa cuba resepi mudah puding triffle special ni tau.

Selamat mencuba!

Kredit gambar: Nuraliya Idayu
Sumber: Nuralia Idayu 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!