Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vit A, vit C dan niasin, sayur asparagus memang sangat sedap kalau dimakan bersama steak. Ratah macam tu pun memang layan.

Kalau dekat Cameron Highland, memang akan jumpalah sayur asparagus ni.

Buat yang jarang atau tak pernah makan, ada beberapa cara yang boleh korang gunakan untuk masak asparagus selain daripada rebus iaitu pan grill.

Kredit: Jessica Gavin

Cara ni memang sangat sesuai kalau korang nak tekstur asparagus jadi macam crunchy gitu.

  1. Salutkan asparagus dengan minyak zaitun, garam dan lada hitam.
  2. Masukkan sayur asparagus ke dalam pan yang dipanaskan.
  3. Masak dalam 10 mint dan jangan lupa terbalikkan asparagus tau.
  4. Bila hujung asparagus dah lembut, bolehlah angkat dan hidangkan.
Kredit: Savory Tooth

Sama jugak kalau korang masak asparagus tumis.

  1. Potong asparagus dengan ukuran sekitar 2 inci.
  2. Panaskan minyak/mentega dan tumis kan macam biasa – tambah garam & lada untuk rasa.
  3. Siap untuk dihidang.

Nak lagi sedap, korang kena guna mentega/minyak zaitun tau bukan minyak biasa untuk masak asparagus ni.

Kredit: Well Plated

Yang nak atau tengah diet, memang  disarankan sangat ambil asparagus sebab rendah kalori, rendah karbo dan ada serat yang tinggi!

Kredit gambar utama: Jessica Gavin