Bulan puasa memang merupakan satu bulan yang mencabar tapi menyeronokkan. 

Umat Islam disuruh untuk berpuasa mula dari fajar sampailah Maghrib sebagai satu bentuk penyembahan diri kepada Allah SWT. Jadi masing-masing sedaya upaya akan berpuasa dan kutip pahala berlipat ganda dalam tempoh bulan ini.

Untuk yang tak biasa, mungkin bulan puasa agak mencabar sebab terpaksa tahan diri daripada lapar dan dahaga.

Jadi dekat sini, sis nak share sikit apa yang korang boleh makan masa sahur supaya bertenaga dan tak rasa lapar.

1. Oat

Kredit: Healthy Eating

Sebab kandungan karbohidrat yang kompleks dalam oat menyebabkan badan terasa bertenaga untuk buat aktiviti seharian. Kalau bosan makan oat yang sama, tapi nak kekal kenyang tambahkan buahan kegemaran korang dalam oat supaya tak bosan.

2. Telur

Kaya dengan protein, orang yang sahur dengan telur lebih lama dia punya rasa kenyang. Jadi masa sahur nanti, sebelum berhenti makan, makan dulu sebiji telur rebus sebagai pelengkap.

3. Avokado

Kredit: MStar

Avokado ni nampak je macam buah biasa, tapi kandungan serat dan lemak baik menjadikan korang lebih bertenaga kalau tambah avocado dalam menu sampingan. Malah katanya, avocado ni sebenarnya bijak untuk hypnosis otak untuk rasa lebih kenyang.

4. Ikan

Bukan takat buat perut rasa kenyang, tapi ikan yang kaya dengan lemak baik macam salmon dengan tuna akan buatkan korang lebih bertenaga. Tapi cara masakan dia bukan digoreng tau. Dipanggang atau kukus je.

5. Kurma

Kredit: FMT

Kalau ada anak yang baru nak belajar puasa, mungkin boleh biasakan dorang untuk makan kurma sebagai penutup sahur. Dan korang sendiri pun boleh amalkan. Nak elakkan bosan makan kurma, korang boleh rendam beberapa biji kurma dalam air susu dan biarkan semalaman.

Hasilnya memang wow! Korang memang bertenaga sepanjang hari! Tak rasa macam puasa je sebab perut masih terasa berisi.

Kredit gambar utama: Dinkes