Dakwat Sotong Haram? Ini Penjelasan Mudah Tentang Hukum Makannya

Kalau dekat Korea Selatan, ada satu hidangan khas yang gunakan dakwat sotong sebagai bahan masakannya. 

Kredit: Harian Metro

Mungkin bagi yang tak biasa, dengar macam pelik sebab biasanya dekat Malaysia, dakwat sotong dibuang kerana dikategorikan sebagai sesuatu yang kotor.

Sampai ada yang mendakwa, dakwat sotong ni sebenarnya najis dan haram dimakan. Eh, betul ke?

Salah tau sebenarnya. Dakwat sotong atau pasi bukannya najis sebab dia bukan hasil penyahtinjaan tapi cuma sebagai satu pigmen gelap yang dilepaskan sotong sebagai alat untuk selamatkan diri daripada pemangsa.

Kredit: BBC Good Food

Pendapat berdasarkan mazhab Shafie menyatakan yang ianya tak haram dan harus dimakan kalau tak mendatangkan kesan bahaya kepada si pemakannya.

Jadi lepas ni kalau masih ada yang cakap dakwat sotong tu haram, korang boleh je tunjuk artikel ni okey?

Kredit: Umpan

Sebab kadang-kadang masa siang sotong tu terpecahkan kantung dakwat dia, jadi bila masak memang masakan akan jadi warna hitam. So korang yang ragu-ragu sebelum ni bolehlah masak dengan yakin walaupun kantung sotong tu dah terpecah.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan