Telur pindang merupakan makanan tradisi orang China yang mana telur akan direbus dengan rempah/herba tertentu sampailah telur akan hasilkan rasa/aroma yang dimahukan.

Biasanya dijadikan sebagai makanan ringan yang dijual dekat tepi jalan/pasar malam, telur pindang ni memang akan selalu jumpa kalau pergi kenduri kawin terutamanya kenduri kawin orang Melayu-Johor.

Kredit: @Lucaspeebo

Nak buat telur pindang ni tak susah pun. Jom sis nak share dengan uolss macam mana nak buat telur pindang yang sedap dengan cara masak mudah dan cepat. Confirm jadi kegemaran isi rumah.

Resepi mudah telur pindang yang sis nak share ni boleh dapat untuk 30 biji telur tau.

Bahan-bahan:

  • 1 cekak daun salam
  • 1 cekak daun jambu batu
  • 1 cekak daun senduduk (berbunga ungu)
  • 1 cekak daun manggis
  • 1 cekak daun mengkudu
  • 5 tangkai daun serai wangi
  • 1 cekak daun bebuas
  • 6 batang serai (lebih lagi baik)
  • sebuku lengkuas 
  • 2 sudu besar Jintan kasar
  • 2 sudu besar Jintan halus
  • 2 sudu besar Ketumbar
  • Garam kasar sepeket kecil 
  • Telur 30 biji
  • Air

Cara penyediaan:

  1. Basuh dulu telur dan segala bahan bersih-bersih.
  2. Susun telur berselang seli dengan segala daun dan rempah.
Kredit: Nor Amylia Amy 
  1. Masukkan air melebihi telur – sampai telur tenggelam. Reneh semua sekali dalam 3 hari 3 malam dalam api kecik. Bukan 3 jam, tapi 3 hari tauu.
  2. Hari ke-4 keluarkan telur daripada periuk.

Dan sedia untuk dimakan. Siap!

Fuh, nikmat uolss bila makan. Terasa berbaloilah mereneh sampai tiga hari tu, hilang penat bila makan. 

Kredit: Telur Pindang Tradisi Johor

Selamat mencuba!

Kredit resepi: Telur Pindang Tradisi Johor

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!