Musim perayaan kali ni memang berbeza kan? Walaupun raya terkejut, rakyat Malaysia masih semangat nak menjadikan raya tahun ni raya yang paling tak dapat dilupakan lepas 2 tahun beraya dalam keadaan norma baharu.

Susu Goodday yang dah jadi salah satu jenama susu kegemaran rakyat Malaysia sejak 1968 lagi pun tak terlepas daripada memberikan yang terbaik buat komuniti terutamanya komuniti yang memerlukan dengan Kempen Goodday Berkat Sepakat yang diadakan sepanjang bulan Ramadan di tiga lokasi berbeza di Selangor, Johor dan Kelantan.

Walaupun usaha yang diberikan kecil tapi ia tetap memberi makna tau. Dengan kempen ni, orang ramai boleh sumbang apa yang mereka mampu sama ada dari segi wang ringgit atau pun usaha serta barangan supaya raya mereka lebih bermakna.

Kalau korang nak tahu, Susu Goodday pun ada menyahut sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan dalam dalam menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka dengan menyediakan pelbagai kindness station untuk memberikan perkhidmatan percuma seperti memotong rambut, membaiki kasut, jahitan dan pemeriksaan kesihatan.

Nak tahu lanjut tentang Kempen Goodday Berkat Sepakat ni, korang boleh tonton YouTube Berkat Sepakat berssama Goodday – Sekecil Usaha, Sebesar Makna.