Tak semua yang dilahirkan ke dunia ni dalam keadaan sempurna. Tapi siapalah kita nak menidakkan takdir Tuhan kan? Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kita sebagai hamba kenalah redha dan terima segala yang diberikan dengan lapang dada.

Macam yang viral baru ni pasal baby yang digelar segelintir netizen sebagai Baby Joker hanya kerana memiliki kecacatan rare yang didiagnosiskan sebagai bilateral microstomia yang mana ia menjejaskan fungsi rongga mulut.

Dekat Tiktok, baby dengan nama Ayla Summer Mucha ini juga dikenali sebagai baby permanent smile sebab kondisinya yang sentiasa senyum. Memang comel walaupun keadaannya tak sesempurna bayi lain yang normal.

Tapi bila ramai yang komen dengan mengaitkan bayi yang tak berdosa tersebut dengan Joker, nampaklah masih ramai sebenarnya yang tak sensitif dalam meninggalkan komen. Laju je jari tu menaip yang bukan-bukan ya.

Walaupun mungkin niat sekadar untuk bergurau, kena ingat. Tak semua benda boleh dijadikan bahan gurau. Kena jaga juga sensitiviti dalam hidup bermasyarakat.

Kredit: lux