Vicenzo ‘Kembali’ Dalam Drama, Kali Ni Bawa Watak ‘Reborn’ Yang Berdendam Dengan Keluarga Chaebol

Korang dah layan Vicenzo? Fuh memang smart kan watak yang dilakonkan Song Joong-ki dalam tu. Popularnya drama ni sampaikan rating episod akhir dia memang tertinggi dan ada dalam tempat ke-6 dalam sejarah tvN.

Baru-baru ni, tvN dah release poster perdana filem terbaru abam Vicenzo kita, Reborn Rich yang mana beliau pegang watak sebagai Yoon Hyun-woo yang bekerja macam ‘hamba’ untuk keluarga Soonyang Conglomerate lebih dari 10 tahun.

Tapi disebabkan beliau dituduh, watak Yoon Hyun-woo kemudiannya dibunuh oleh Jin Doo-joon, anak bongsu keluarga chaebol tu. 

Tetiba next moment, Yoon Hyun-woo temui yang dia ni dalam badan si Jin Doo-joon dan tekad nak balas dendam dan ambil alih syarikat keluarga Soonyang Conglomerate tu.

Fuh, baca synopsis pun dah gempak. Terbayang pula beliau yang pernah bawa watak mafia dalam Vicenzo. Double umph!

Kalau korang nak tahu ramai juga pelakon hebat dalam drama ni antaranya Shin Hyun-bin, Lee Sung-min, Yoon Je-moon dan ramai lagilah. 

Stay tune!