Musim hujan ni, memang sedap kan pekena makanan-makanan yang berkuah panas-panas atau pun pedas. Sebab bila makan tu, auto keluar peluh. Hilang sejuk tadi.

Hari ni sis nak share satu resepi yang tengah viral & hot dekat TikTok sekarang iaitu Samyang rice paper. Cara yang nak elak makan Samyang yang cliché gitu.

Bahan-bahan:

  • Satu paket Samyang
  • Rice paper
  • Cheese slice
  • Telur (Kalau nak cantik, boleh gunakan telur puyuh)

Cara nak buat memang mudah.

1. Rebus Samyang dalam air panas dan toskan sebelum digaulkan dengan perencah Samyang.

2. Basahkan rice paper & letak atas board/tray. Di bawah sekali letakkan telur, kemudian cheese slice yang dah dipotong kecil ikut kesesuaian dan akhir sekali letakkan Samyang. Kuantiti mi Samyang jangan banyak sangat. Nanti meletup pulak wrap tu.

3. Okey dah boleh makan! Tapi kalau korang suka yang crispy crispy macam tu, korang boleh frykan sekejap atas pan.

Siap! Krup krap krup krap masa makan tu. Kalau lunch malas keluar pun, bolehlah berprojek sekejap dekat pantry.

Selamat mencuba!

Video & gambar: TikTok @jessicarachelia