‘Saya Sendiri Tak Beri Duit Tunai Kat Bini’, Pesanan Ini Buat Ramai Wanita Doa Dijauhkan Suami ‘Gila Kuasa’

Dalam rumah tangga, perlunya sikap toleransi antara suami isteri. Walaupun si suami memiliki kuasa dalam membuat keputusan, tetapi ini tak bermakna segala keputusan yang dibuat dengan kuasa si suami tanpa berbincang dengan isteri.

Dalam satu screenshot yang viral, seorang lelaki menjelaskan bahawa beliau sebagai suami tidak memberikan duit tunai kepada isterinya secara bulanan. Ini kerana beliau sudah sediakan rumah, pakaian termasuk untuk anak-anak serta alatan rumah.

“Jadi jangan harap saya nak beri duit secara bulanan walaupun 10 sen sebulan sekalipun. Ikut suka saya nak berikan 5 sen ka, 10 sen ka, RM1 ka, jika tiba-tiba terasa nak bagi duit kat bini, bersyukur la.”

Turut mengingatkan para suami supaya tidak mengikut sangat karenah isteri, menurut beliau ketegasan suami menjamin keluarga bahagia apabila isteri dan anak-anak mendengar kata suami dan bapa mereka.

Nampaknya, pesanan ini tidak dipersetujui netizen. Termasuklah oleh para lelaki yang sudah bergelar suami itu sendiri. Kata mereka, jangan kedekut berkongsi rezeki dengan isteri. Kelak, lagi murah rezeki kerana membahagiakan isteri.

Korang rasa macam mana?

Kredit gambar utama: Afif Ramdhasuma via unsplash.com