Untuk yang baru first time bergelar parents, benda yang paling takut ialah bila si kecil ni menangis tanpa kita tahu puncanya. Bagi susu sudah, tukar lampin sudah, dodoi pun sudah malah ada yang sampai dah mandikan baby beberapa kali pun, baby tetap menangis. Memang hilang akal sekejap dibuatnya.

Tapi lepas ni dengan satu inovasi daripada syarikat Quantum Music, parents dah boleh kenal pasti punca bayi mereka menangis!

Bila baby menangis, device ini secara automatik akan menghantar maklumat yang dah dianalisis kepada aplikasi. Parents boleh lihat punca kenapa baby mereka menangis menerusi notification yang dihantar ke aplikasi tadi.

Malah tahap keselesaan baby pun boleh parents tahu dengan device ini.

Tapi buat masa sekarang, device yang diberikan nama Qbear ini tengah dipamerkan di Consumer Electronics Show di Las Vegas. 

Mungkin tak lama lagi, dah boleh masuk pasaran kot. First time parents kalau jumpa device ni mesti akan rasa secure sikit kan bila baby nangis? Yelah, dah tahu punca, senang sikit nak tackle baby.

Video: Quantum Music

Kredit gambar utama: katiesmith654 via unsplash.com