2 Cara Masak Nasi Himpit Yang Menjadi, Guna Periuk Nasi, Ala Instant & Lambat Basi

Dah nak masuk musim raya, maka ramailah yang mula cari resepi-resepi menu berkaitan. Antaranya rendang, nasi himpit, ketupat dan sebagainya. Di media sosial pun dah semakin ramai yang berkongsi tip-tip menyediakan menu dengan mudah. 

Sajian paling popular ialah nasi himpit sebab sangat mudah disediakan dan boleh dimakan dengan pelbagai menu lain, antaranya kuah kacang, lodeh, serunding dan sambal.

PERIUK NASI

Resipi: Norfadilah Ibrahim

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras
  • 6 cawan air

*Nisbah nasi impit dengan air adalah 1:3, iaitu 1 cawan beras kepada 3 cawan air. Boleh gandakan atau kurangkan ikut keperluan.

Cara-cara:

  1. Tanak nasi sehingga masak.
  2. Kacau nasi supaya sekata dan tidak berkerak.
  3. Lenyekkan nasi dengan senduk atau cawan. Pastikan nasi lembik, kalau tak lembik boleh tambah air panas.
  4. Tuang ke dalam loyang/bekas dan padatkan bagi rata. 
  5. Tindih dengan bahan berat dan biarkan mengeras. Boleh gunakan plastik/daun pisang untuk elak nasi melekat.
  6. Lepas dah keras, boleh potong dan siap untuk dihidang!

ALA NASI HIMPIT INSTANT

Resipi: Mastura Mohd Pilus

Bahan-bahan:

  • Plastik tahan haba
  • Lidi
  • Beras

Cara-cara:

  1. Masukkan beras ke dalam plastik.  Cara nak sukat beras, bucu plastik ngan bucu lidi tu kene sama baris. Kalau plastiknya berbeza saiz, anggaran beras adalah lebih kurang 1/3 penuh, macam kita isi dalam ketupat tu.
Kredit imej: Mastura Mohd Pilus
  1. Basuh beras dalam plastik tadi dan tebuk lubang untuk ruang udara.
  2. Sealkan plastik tadi, boleh guna lilin, lidi atau alat seal. Jangan guna stapler risau nanti tertanggal dan masuk dalam beras. 
  3. Rebus macam biasa, guna periuk nasi atau pressure cooker dalam 1-2 jam bergantung kepada kuantiti. Nak wangi letak daun pandan. 
  4. Lepas dah siap boleh biar sejuk dulu. Kalau potong panas-panas nanti nasi himpit pecah dan lembik.
  5. Siap untuk dihidang!

SUPAYA LAMBAT BASI