
Pusat membeli-belah yang digemari ramai, IPC Shopping Centre meraikan ulang tahun ke-21 dengan memperkenalkan konsep baru & segar iaitu “The Lagom Life, It’s Just Right”, konsep kehidupan yang diinspirasikan daripada prinsip Scandinavia iaitu “Lagom”, seni kehidupan yang seimbang. Justeru, para pengunjung dapat nikmati dan keseronokan bersama di mana ia adalah tempat pertemuan untuk semua golongan.
Ms Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre menyatakan, “Apabila kami mencapai ke tahap ini, iaitu 21 tahun yang mengagumkan, ‘The Lagom Life, It’s Just Right’, merangkap visi kami untuk menjadi destinasi utama masyarakat setempat yang seimbang dan menyeronokkan. Kami menyediakan ruang untuk semua orang bersantai, meneroka, dan merasai pengalaman yang tenang dan selesa. Di IPC anda boleh meluangkan masa berkualiti untuk diri sendiri atau mengeratkan hubungan dengan yang tersayang, sambil melakar kenangan indah dalam ketenangan.”
Bersempena dengan sambutannya yang ke-21, IPC Shopping Centre menyediakan pelbagai aktiviti menarik sehingga 31 Disember 2024 ini & lebih RM21,000 nilai ganjaran untuk para pengunjung. Aktiviti yang ada seperti:
- Program Hari Bekerja IPC Value: Ahli Tack Club boleh menebus baucar RM21 untuk digunakan pada hari yang sama hanya dengan 2 mata ganjaran Tack Club. Tawaran ini boleh dinikmati eksklusif hanya pada hari bekerja (Isnin-Jumaat, tidak termasuk cuti am) di aplikasi IPC, memberikan ahli, pengalaman beli-belah dengan macam-macam ganjaran dan barangan dengan harga yang berpatutan di 15 premis terpilih di dalam IPC Shopping Centre.
- Belanja & Menang Tack: Ahli Tack Club boleh mengambil bahagian dalam peraduan cabutan bertuah dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM21 dalam satu resit di mana-mana kedai di dalam IPC Shopping Centre. Ahli yang layak boleh menebus satu tiket di i-Counter (Aras G) untuk menyertai cabutan mingguan bagi memenangi sebahagian hadiah bernilai RM21,000, termasuklah gajet berkualiti tinggi seperti pembesar suara JBL, pembersih vakum Electrolux, kipas angin menara Philips, pengisar makanan Tefal, dan baucar tunai. Nombor tiket pemenang akan dipaparkan pada setiap hari Isnin di halaman Facebook dan Instagram IPC.
- ‘Haul of Savings’ Penjimatan Besar-Besaran: IPC Shopping Centre akan memperluaskan lagi koleksi pilihan barangan yang boleh didapati seperti set Sarung Tangan Dapur dan Pelapik Tangan Ketuhar, Buku Nota Eksklusif Sweden, stoking IPC, Topi Reversible Bucket, Organiser Meja Pelbagai Guna, dan Beg Beli-belah Guna Semula IPC. Kesemua barangan baharu ini akan melengkapkan lagi koleksi yang sedia ada, di mana ahli Tack Club boleh menebusnya menggunakan mata ganjaran dengan potongan diskaun sehingga 94%.
- Ganjaran Ahli Baharu: Pengunjung yang memuat turun dan baharu mendaftar sebagai ahli Tack Club atau ahli Små Club boleh menebus barangan seperti (1) baucar Boost Juice, satu (1) aiskrim IKEA, 200 mata ganjaran Tack, satu (1) baucar pengecasan EV selama 30 minit, buku mewarna, dan anak patung permainan lembut IKEA Fabler Björn semasa mereka datang berkunjung.
Pada masa yang sama, beberapa penambahan jenama yang turut menjadikan IPC lebih menarik seperti INN Bar, Canton Bay, BYD, llao llao, Chagee, Decathlon Connect, MR DIY Plus, dan ChaTraMue supaya ia dapat memenuhi keperluan komuniti IPC yang sedang berkembang.
Untuk maklumat lanjut tentang ‘Lagom Life’, sila layari ipc.com.my atau ikuti IPC Shopping Centre di laman Facebook, Instagram, atau TikTok untuk promosi, acara dan info terkini.