Dalam bahagian rumah, dapur merupakan salah satu ruang yang penting bagi seorang surirumah. Maklumlah dapur la tempat bagi kita sebagai perempaun nak berkarya kan.

Tak semua orang ada rezeki dapat rumah yang besar serta ruang dapur yang luas. Tapi korang jangan risau. Kak Ya ada tips pilihan warna yang korang boleh cuba. Konfem cantik dan dapur korang akan Nampak besar!

1. Warna kelabu

Mesti bosan kan bila tengok warna dapur balik-balik warna putih. Korang boleh cuba warna kelabu kerana tona warna kelabu ni akan membuatkan dapur korang nampak lebih elegen dan lebih kemas.

Warna kelabu ni juga sesuai kalau dipadankan dengan rak kayu, warna perak dan juga meja marble. Memang cantik.

2. Metallic 

Ramai yang takut nak pilih warna metallic sebagai rona warna dapur. Ada yang kata nampak over dan macam kurang sesuai. Tu tanggapan yang salah. Warna metallic ni sebenarnya membuatkan dapur korang nampak lebih besar dengan elemen elegen dan glitz.

Walaupun ianya nampak sedikit klasik, tapi cuba padankan dengan perkakas krome dengan tembaga, dapur korang akan nampak lagi luas dan lagi menarik.

3. Kuning

Warna kuning ibarat sinaran mentari yang menerangi segenap ruang dapur korang. Warna kuning ni memang sesuai buat ruang dapur yang kecil agar nampak lebih luas. Elemen warna kuning ni juga menimbulkan rasa keceriaan dan mood masak tu mesti akan lagi bersemangat punya.

Korang boleh juga padankan ruang dapur yang berona kuning ni dengan kerusi bar, dinding accent atau backsplash di permukaan counter top. Nak lagi nampak elegen, korang boleh padankan lagi dengan lampu yang berwarna kuning bagi menampakkan ruang dapur lebih luas.

Jadi apa tunggu lagi. Jangan takut untuk bermain dengan rona warna yang unik dan menarik ni sebab hasilnya memang puas hati. Lepas ni Kak Ya nak pujuk suami la tukar warna dapur. Baru mood rajin memasak tu datang.