4 Langkah Penting Sebelum Tukar Kerjaya

Sedar tak sedar dah masuk fasa ketiga PKP dah kita ni. Harapnya semua masih okay dan masih bertahan ya. Hari ni Kak Jah nak cakap pasal kerjaya. Ada yang nak tukar kerja ke dekat sini, selepas habis Covid-19 ni?

Okay so mehlah kita tengok apa tips penting sebelum nak tukar kerjaya ni uols.

Stop Delaying

A picture containing drawing, sign, airplane

Description automatically generated

“Lebih lama korang berfikir untuk berhenti, lebih lambat perjalanan korang untuk capai peluang baru,” kata Nicole Williams, pakar kerjaya dan penulis Girl On Top. “Memang ia agak sukar. Tapi lebih awal uols buat keputusan, lebih terjamin emosi, mental dan tahap profesional uols nanti,” tambahnya. Hmm, good advice!

Menabung Untuk Masa Depan

A picture containing indoor, table, sitting, wooden

Description automatically generated

Sentiasa fikirkan risiko dan mula menyimpan di bank – walaupun kamu terpaksa ‘berpuasa’ membeli-belah. Takpe, sekejap je! Jika korang baru saja bekerja atau memulakan perniagaan, pastikan wang simpanan korang sekurang-kurangnya cukup untuk bertahan sepanjang enam bulan.

Sanggup Berkorban

A picture containing outdoor, sunset, sun, sitting

Description automatically generated

Mungkin korang perlu bermula dari bawah atau tahap pertengahan untuk berada semula di atas. Jadi bersiap sedia untuk segala kemungkinan. Mungkin gaji korang tak sama seperti dulu namun jadikan cabaran ini sebagai suatu yang positif. Manalah tahu rezeki korang akan datang bergolek ye dok?

Bina Rangkaian / contacts

A group of people sitting on a bench

Description automatically generated

Cuba bertanya dan bertukar pandangan dengan mereka yang ada pengalaman bertukar kerjaya. Cuba tanyakan soalan seperti, “Bagaimana kehidupan korang sekarang? Pernah menyesal sebab bertukar kerjaya?” Pertanyaan sebegini boleh berikan maklumat yang korang perlu. Jangan segan okay!

Okay mommies, good luck ya!