Gunakan cara berhemah untuk tangani anak buat perangai supaya tak terbawa-bawa sampai besar.

Anak-anak kita ada macam-macam ragam lagi-lagi bila ada perkara yang tak kena dengan mereka. Bukan mudah untuk mengendalikan anak semasa mereka mengamuk. Rata-rata ibubapa mengambil jalan mudah untuk memarahi, memukul dan menjerit kepada mereka dengan harapan mereka akan diam atau mendengar kata. Namun hakikatnya, perkara sebegini tidak akan meredakan keadaan tetapi ia akan memberi impak negatif kepada anak-anak. Terdapat beberapa perkara yang ibubapa boleh lakukan untuk mengendalikan anak mereka bila mereka tantrum.

Antara yang kita oleh lakukan ialah dengan: 

  • Bertenang

Kebiasaannya kanak-kanak yang mula membuat perangai atau tiba-tiba mengamuk adalah kerana mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan jadi ibubapa perlu bertenang dan jangan hiraukan mereka. Secara tidak langsung, mereka akan berasa hairan dan niat untuk mengamuk akan hilang kerana tidak dilayan. 

  • Pujuk 

Cuba pujuk mereka dengan belai atau dukung mereka dengan lembut dan mesra. Kemudian bertanyakan apa yang mereka mahu dengan lemah lembut supaya mereka berhenti menangis dan jawab dengan tenang. Cara ini dapat meredakan keadaan kerana ibubapa memberi perhatian kepada mereka dan anak-anak paling suka diberi perhatian daripada dimarahi ibubapa.

  • Alihkan perhatian mereka

Semasa di hypermarket elakkan berada di kawasan yang boleh menarik perhatian anak-anak untuk membeli barangan yang tidak diperlukan, kebiasannya mainan. Jika perkara begini berlaku, cuba untuk alihkan perhatian mereka dengan membawa mereka ke bahagian lain seperti bahagian air atau biskut dan pujuk mereka dengan benda-benda yang lebih menarik daripada yang mereka inginkan. 

  • Sistem ganjaran

Bagi anak-anak yang susah untuk dikawal, ibubapa boleh gunakan sistem ganjaran kepada mereka. Kalau dia bersikap baik anda akan belikan sesuatu yang dia inginkan tetapi kalau sebaliknya dia tidak akan di benarkan keluar rumah. 

  • Beri nasihat

Kadang-kadang ada ibubapa yang akan biarkan anak mereka mengamuk tanpa memujuk atau memukul tapi itu tak bermakna ibubapa akan biarkan tanpa menegur salah anak mereka. Anak kita tidak akan mengamuk sepanjang masa kerana mereka akan berasa penat dan bila dia dah penat dia akan berhenti mengamuk. Waktu itu la ibubapa ini akan bertindak  memberi nasihat bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata.

Kesimpulannya, anak-anak kita faham apa yang disampaikan kita sebab itu ada pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” dan ia terbukti benar sebab anak-anak akan behave bila kita tegur mereka atau mendengar kata bila mereka mendapat arahan daripada kita. Jadi sebagai ibubapa anda perlu tahu apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka perkara begini amatlah penting untuk kita sebenarnya.