5 resepi boleh buat hanya guna terung! Jom cuba nak?

Kalau uols tak tahu nak masak apa, make sure 1 bahan ni wajib ada kat rumah, so bila 1 bahan ni dah ada, resepi apa pun uols boleh masak. Yang penting memang sedap! 

Bahan tersebut adalah terung! So mommies Cuma kena tahu resepi apa je best untuk masak guna terung ni. 

Barulah bijak, kan? Jom layan resepi ni…

Resepi Terung Goreng

Bahan-bahan: 

  • 1 batang terung
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Lada hitam

Cara-cara: 

  1. Mula-mula hiris sayur terung, kemudian salut terung dengan telur yang dah dipukul bersama garam dan lada hitam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, minyak dah panas masukkan sayur terung satu persatu.
  3. Goreng ke semua sayur terung hingga masak.
  4. Siap dan boleh dihidang bersama nasi panas.

Resepi Terung Goreng Belacan

<iframe width=”772″ height=”434″ src=”https://www.youtube.com/embed/vSNTD46GZIE” frameborder=”0″ allow=”accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture” allowfullscreen></iframe>

Bahan-bahan: 

  • 3 batang terung
  • 7-8 tangkai cili kering (kisar cili kering menjadi pes cili)
  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • 1 sudu makan udang kering
  • 1 inci belacan
  • Gula
  • Sos tiram
  • Sos ikan

Cara-cara: 

  1. Mula-mula potong sayur terung, kemudian goreng sehingga terung masak dan biarkan seketika.
  2. Selepas itu, tumbuk cili padi, belacan, bawang merah kecil, bawang putih, dan udang kering sehingga hancur kasar.
  3. Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk ini sehingga warna menjadi keemasan, selepas itu masukkan cili kering yang dikisar ke dalam kuali. Tumis semua bahan hingga rata.
  4. Sambal belacan yang di tumis mula masak, kemudian masukkan sedikit sos tiram, sos ikan, dan sedikit gula, tumis bahan-bahan sehingga masak.
  5. Sambal belacan dah masak, masukkan sayur terung yang telah digoreng tadi dan tumis bahan-bahan dengan rata.
  6. Sayur terung belacan siap dan sedia untuk dihidang.

Resepi Terung Berlado

Bahan-bahan: 

  • 3 batang terung
  • 10 tangkai cili merah besar
  • 20 biji cili api merah
  • 1 inci belacan
  • 2 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Cuka
  • Sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto atau 1 kiub pati ayam

Cara-cara: 

  1. Potong sayur terung secara besar dan kemudian goreng sayur terung sehingga garing atau masak.
  2. Selepas itu, kisar sebiji bawang merah besar, cili api merah, cili merah besar, belacan dan bawang putih, kisar bahan-bahan sehingga menjadi hancur kasar.
  3. Kemudian tumis bahan-bahan kisar tadi ke dalam kuali, tumis sehingga garing.
  4. Selepas sambal menjadi garing masukkan gula, garam, ajinomoto, sos tiram, dan cuka tumis bahan-bahan sehingga sebati.
  5. Apabila sambal dah masak, masukkan sebiji bawang merah besar yang dihiris secara besar-besar dan terung yang telah digoreng tadi, tumis bahan-bahan menjadi rata.
  6. Sayur terung goreng berlado siap dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.

Resepi Terung Masak Kicap

Bahan-bahan: 

  • 2 batang terung
  • 1 biji tomato
  • ½ bawang besar holland
  • 1 biji cili merah besar
  • 8-10 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Air

Cara-cara: 

  1. Mula-mula potong terung secara memanjang dan besar-besar, kemudian goreng terung sehingga garing dan masak. 
  2. Kemudian hiris bawang besar holland, cili merah besar, dan tomato, selepas itu tumis bahan-bahan ke dalam kuali.
  3. Bahan-bahan dan masak masukkan kicap, sos tiram dan sedikit air, gaul bahan-bahan sehingga masak dan rata. Selesai, masukkan sayur terung yang digoreng tadi dan gaul sehingga rata.
  4. Sayur terung masak kicap siap dan sedia untuk dihidang.

Resepi Pulichakeerai Pedas & Masam

Bahan-bahan: 

  • 2 batang terung
  • seikat daun asam (ambil daunnya sahaja)
  • 3 biji bawang merah besar
  • 1 labu bawang putih
  • 2 tangkai cili kering
  • 3 sudu makan ikan bilis yang dikopek
  • 1 biji tomato
  • 1 tin besar sardin
  • 20 – 25 biji cili padi
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam
  • Air

Cara-cara: 

  1. Mula-mula petik daun asam dari tangkainya dan basuh daun asam sehingga bersih kemudian rebus daun asam sehingga layu dan toskan daun asam tersebut.
  2. Tumis sebiji bawang merah besar yang telah dihiris kemudian masukkan satu tangkai cili kering, bawang putih, ikan bilis, dan sayur terung yang dipotong kecil-kecil. Tumis bahan-bahan sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan cili padi, tomato yang dibelas enam, dan daun asam, tumis bahan-bahan sehingga sebati.
  4. Selepas bahan-bahan sebati, masukkan air dan biarkan bahan-bahan mendidih dan masak. Selepas 10 minit, bahan-bahan dah masak tutup api dan biarkan sejuk.
  5. Setelah sayur tadi dah sejuk, kisar sayur sehingga menjadi hancur lumat.
  6. Panaskan minyak tumis ikan bilis kopek, satu tangkai cili kering dan dua hiris bawang merah besar ke dalam kuali.
  7. Bahan-bahan dan bertukar warna keemasan, masukkan ikan sardin tin yang telah dicarik-carik ke dalam kuali, gaul bahan-bahan sehingga sebati.
  8. Kemudian masukkan sayur yang dikisar tadi ke dalam kuali dan gaul bahan sehingga rata, biarkan masak seketika dan masukkan sedikit air dan gaul lagi sekali.
  9. Selepas itu, masukkan garam secukup rasa dan satu sudu kecil kunyit serbuk gaul bahan-bahan sehingga sebati. 
  10. Gaul sayur sehingga masak. Sayur dah siap masak dan sedia untuk dihidang.

Bagi yang tak tahu nak masak apa dengan sayur terung untuk suami dan keluarga mertua bolehlah cuba resepi di atas.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun