7 tip simpan barang basah kekal segar dan tahan lebih lama

Walaupun minyak kereta tahan lebih lama waktu PKP ni sebab semua orang duduk rumah, tapi perbelanjaan di dapur meningkat sbb nak makan itu dan ini. 

So sekali belanja Cik Ju tahu ramai yg akan beli berlebihan sbb taknak keluar terlalu kerap. Jadi seorang pengguna Twitter @anasulianna telah berkongsi cara terbaik untuk mommies gunapakai menyimpan bahan basah dan tahan lebih lama! 

1.   Bahagikan bahan protein mengikut saiz hidangan yang diingini ke dalam ziplock bag.

ce42

Bagi mengekalkan kesegaran bahan basah, pertama sekali, mommies haruslah mencuci bahan basah terlebih dahulu. Kemudian, bahagikan barangan tersebut ke dalam ziplock bag mengikut portion hidangan yang uols inginkan.

2.   Simpankan sayuran anda beralaskan tisu dapur dalam ziplock bag

c800

Untuk sayur-sayuran seperti labu, carrot, timun, pok choy dan sebagainya, mommies boleh potong sayur-sayuran berikut terlebih dahulu tanpa mencucinya. Kemudian, masukkan sayuran tersebut ke dalam ziplock bag yang beralaskan tisu dapur. Akhir sekali, letakkannya ke dalam peti sejuk dan guna bila perlu. Confirm sayur tahan lebih lama!

3.   Letakkan daun-daun di dalam ziplock bag dan simpankan di dalam freezer

EVdXT6dUMAEpk_8-2

Cara penyimpanan ini boleh digunakan untuk daun-daun seperti daun kari, daun limau purut, daun ketumbar, daun kunyit dan sebagainya. Tanpa perlu dicuci dahulu, periksa daun-daun dan buangkan yang layu. Kemudian, masukkannya ke dalam ziplock bag dan simpankan di dalam freezer supaya tahan lebih lama. Daun-daun boleh bertahan berbulan-bulan jika disimpan dengan cara ini.

4.   Simpankan sayuran akar anda di dalam bekas berisi air

EVkgxipWkA4m2f-

Untuk sayuran akar seperti lengkuas, halia, kunyit hidup dan lain-lain, cara penyimpanannya sedikit berbeza daripada sayuran lain. Untuk mengekalkan kesegaran yang lebih lama, cucikan sayuran akar tersebut dan letakkannya di dalam balang yang berisi air.

Kemudian, simpan balang tersebut di dalam peti sejuk. Jangan lupa untuk menukar airnya setiap minggu agar sayur akar kekal segar untuk masa yang lebih lama.

5.   Balutkan sayuran seperti bunga kubis, brokoli dan kubis menggunakan wrap plastik.

Untuk sayur-sayuran seperti brokoli, kubis dan bunga kubis, anda hanya perlu membalutnya dengan wrap plastik tanpa perlu dibasuh. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk dan gunakan bila mommies mahu. Untuk menyimpan lebihan sayuran, uols hanya perlu balutkannya semula selepas guna.

6.   Potong buah-buahan sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk

shutterstock_115927315-Cut-Fruit
Sumber: United Fresh

Untuk mengekalkan kesegaran dan memudahkan kerja di dapur, mommies boleh potong buahan buahan dan simpankan dalam bekas kedap udara. Kemudian, sejukkan di dalam peti sejuk dan makan bila mommies mahu!

7.   Letakkan bawang dan kentang di tempat yang kering dan bersuhu bilik

60097d172856a04833dd28452736ca80
Sumber: KidMagz

Simpan kentang dan bawang di mana-mana ruangan yang bersuhu bilik. Selain itu, kentang dan bawang juga boleh disimpan di dalam bakul di ruangan yang kering supaya sayuran mendapat pengudaraan yang cukup dan bertahan lebih lama.

Mudah kan? So lepas ni bukan sahaja barang dapur mommies akan lebih tahan lama tetapi lebih kemas tersusun dalam peti sejuk!

uols mungkin berminat baca:
Nak rehat berdua dengan suami tanpa gangguan anak? Ini caranya
Pakai benda ni boleh buatkan bibir uols jadi mungil dan sexy!