Ada yang borong ayam RM1 yang dijual dekat Econsave ke haritu? Haaa baik mengaku berapa banyak korang borong! Hehe Kak Jah pun kalau Econsave tu dekat dengan rumah Kak Jah, dah borong jugak dah tapi jauh pastu mengenangkan budak 3 orang tu yang tak boleh ditinggalkan sekejap, takpelah Kak Jah beli je ayam tanpa harga tawaran gituuu.

Okay so siapa yang dah beli ayam promosi Covid-19 tu, boleh lah cuba resipi Kak Jah nak share ni iaitu ayam masak kicap pedas yang confirm sedap. Bertambah-tambahlah nasi cik abang nanti.

Ni perkongsian resipi daripada Azie Kitchen. Boleh sangat cuba sebab memang easy peasy lah kata orang.

Bahan bahan:

  • 1/2 ekor ayam – perap dengan halia + bawang putih + garam + serbuk pati ayam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 6-7 sudu besar kicap lemak manis
  • Gula
  • Garam
  • 1/2 cawan air panas
  • Asam jawa – optional

Bahan tumbuk:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Bahan lain:

  • 1 tangkai cili merah
  • 1 biji bawang besar – belah 6
  • Daun ketumbar
  • 1 biji buah asam limau nipis – perah

Cara cara:
Goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak atau 3/4 masak.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga menjadi kekuningan.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram serta kicap. Kacau rata.
Masukkan ayam goreng dan kacau sebati. Tuang air panas. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Ianya juga supaya rasa ayam menjadi sebati dengan kuah kicap.
Akhir sekali, masukkan cili hidup, bawang besar, daun ketumbar dan perahan air limau nipis.
Jika suka sedikit asam jawa.
Sesuaikan rasa, jika belum ada rasa manis dan masin, tambahkan gula dan garam.

Nak baca lagi?
Gulai ikan masin nenas yang memikat selera