Ayam pencen memang sedap walaupun isinya tak sebanyak ayam biasa. Juga dikenali sebagai ayam tua, isi ayam pencen ni sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan ayam biasa. 

Kenapa ayam pencen tetap jadi pilihan biarpun isinya tak banyak dan liat? Sebab rasa daging ayam pencen lebih manis daripada ayam biasa yang muda daripadanya.

Penggemar ayam pencen memang suka dengan isi ayam pencen ni, tapi masalahnya susah betul nak lembutkannya sampai ambil masa yang lama untuk masak.

Jangan risau. Untuk kali ini, kami akan kongsikan beberapa cara yang boleh korang cuba untuk lembutkan ayam pencen.

1. Lada hitam

Tumbuk lada hitam bersama halia dan masukkan ke dalam periuk bersama ayam dan air. Rebus sampai lembut. 

Kredit: Hello Sehat

2. Tebu

Masukkan sedikit tebu ke dalam periuk rebusan ayam tadi. 

3. Daun pisang

Masukkan daun pisang yang sudah dipotong kecil ke dalam periuk berisi ayam. Rebus bersama.

4. Air kelapa

Ini petua paling selalu orang guna. Rebuskan ayam bersama air kelapa sampai empuk. Toskan dan boleh masak macam biasa. Hasil daripada guna air kelapa, ayam akan jadi lebih sedap.

5. Nanas

Lumurkan buah nanas pada ayam dan perap sekitar 30 minit. Kemudian basuh dan masak ayam macam biasa. Jangan risau, ayam tak akan bertukar rasa, tapi jadi lebih sedap.

Ataupun masukkan mahkota nanas (daunnya) semasa merebus ayam tua. Bila ayam dah empuk, keluarkan dari dalam periuk.

Mudah kan petua ini. Lepas ni bolehlah korang gunakan ayam pencen dalam menu makanan harian. Lebih sedao dan menyelerakan. 

Sekali cuba mesti dah tak berapa nak pandang ayam biasa yang lain.