Bawah lengan menggelebeh?! Senaman ini boleh bantu

 Ikuti teknik senaman ini untuk menghilangkannya dengan secepat mungkin.

Kebanyakan wanita menginginkan lengan yang kurus dan cantik agar lebih berkeyakinan. Namun, semakin usia bertambah, bukan mudah untuk mendapat dan mempertahankan saiz lengan yang ideal.

Apa senaman yang sesuai untuk mengecilkan lengan? Ikuti aktiviti dibawah.

Triceps extension 

Amalkan latihan angkat berat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Gunakan dumbbell atau gantikan dengan botol berisi air. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.

Cara melakukannya:

  1. Genggam dumbbell dengan 2 tangan
  2. Posisikan dumbbell di atas kepala namun mengarah ke belakang. Kedua siku berada di samping kepala.
  3. Turunkan dumbbell ke belakang kepala sejauh mungkin tanpa menggerakan badan.
  4. Tahan, dan kembali ke posisi semula.
A person in a dark room

Description automatically generated

Boxing

Tumbuk ‘punching bag’ bagi membantu kordinasi dan keseimbangan badan serta membentuk lengan yang cantik.

A group of people in a room

Description automatically generated

Aerobik

Aerobik merupakan antara cara yang paling sesuai untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘kincir angin’. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda.

Push-up

Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kecil . Ia mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan. Untuk mendapat keselesaan yang lebih, anda boleh lakukan di rumah sahaja!

Cara melakukannya:

1)Ambil posisi berdiri sekitar 3 langkah di depan dinding.

2)Kemudian hulurkan tangan menghadap ke arah dinding.

3)Sandarkan tubuh ke arah dinding dengan tangan menyentuh dinding seperti gambar diatas.

4) Tolak tubuh kembali ke posisi awal menggunakan tangan. 

4)Ulangi dua posisi ini.