Bagi Sis Yana ni, roti adalah makanan wajib ada atas meja makan. Sebab senang nak makan dan kenyang. Nak simpan pun mudah.

Kredit: WiseGeek

Tapi roti ni masalah dia satu je, cepat berkulat. Kadang-kadang tu tak sampai beberapa hari dah boleh berkulat. 

Jadi macam mana nak bagi roti tahan lebih lama dan kekal segar? Jom sis bagitahu rahsia dan tip untuk roti tahan lebih lama.

1. Jaga suhu

Roti tak boleh simpan dalam keadaan suhu bilik tau. Kalau korang duduk dekat tempat yang sejuk dan tahap kelembapan dia pun tinggi, maka akan lebih cepatlah roti tu berkulat.

Kredit: Twimg

Jadi lepas je korang beli roti, letakkan terus dalam freezer. Freezer tau bukan peti sejuk biasa tu. Walaupun nanti roti korang tu akan jadi keras, tak jadi masalah. Korang boleh je bakar balik bila nak makan nanti.

2. Simpan dalam bekas kedap udara

Jangan biarkan roti korang terdedah. Jadi, sebelum simpan roti, masukkan roti dalam bekas kedap udara dan berpenutup. Tak pun boleh je korang masukkan dalam plastik yang ada seal tu.

3. Balut roti

Korang boleh juga balut kemas roti dengan menggunakan kertas pembakar kek atau pun aluminium foil sebelum masukkan dalam freezer.  Kalau tak balut, jangan masukkan dalam freezer tau.

Kredit: land O’ Lakes

Sebab sifat roti yang menyerap bau, roti akan serap bau-bau dalam freezer korang. Contohnya kalau ada ayam mentah, nanti tak pasal-pasal roti korang rasa ayam. Euw!

4. Bread box

Nak lagi senang, korang order je terus bread box yang memang khas untuk roti. Ala, yang macam yang dalam cerita orang putih tu. Jenis kayu ada, jenis aluminium pun ada. Tak mahal pun, sis Yana tengok rasanya harga adalah dalam lebih kurang bawah RM50.

Kredit: Wayfair

5. Cara panaskan roti

Kalau roti korang dah tak nampak fresh, keras belentung dan sebagainya, korang boleh masukkan dalam oven.

Tapi sebelum panaskan tu, korang jangan lupa balut roti dengan tuala bersih yang lembab. Lepas tu, potong bahagian luar roti yang dah keras tu sikit. 

Kredit: The Kitchen

Setakat itu jelah sharing sis Yana hari ni. Untuk penggemar roti macam sis Yana, bolehlah cuba cara ni untuk buatkan roti korang kekal lebih lama dan tetap segar.

Selamat mencuba!