Bilik tidur basic terus bertukar seperti hotel! Ini caranya…

Sebab ramai duduk rumah haritu, ramai la mula menghias rumah. Tak payah belanja banyak uols, sikit pun tetap boleh naikkan seri dalam rumah.

Macam mana caranya? 

Jom kita tengok cara yang dikongsikan Puan Norsaleza Hamzah yang telah mendekorasi bilik tidur utamanya. 

Dari sebuah kamar biasa, sedikit sentuhan dengan tema warna hitam dan emas menjadikannya tampil mewah ala-ala hotel!

Jom kita ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

Gambar Sebelum

Sebelum ni warna asal standard rumah je.

DIY Wainscoting

Wainscoting ni memang tengah trending sekarang. Dah banyak jenis dijual di pasaran, ada yang jenis foam, PVC atau kayu.

Ini langkahnya serba sedikit yang saya boleh kongsikan.

diy wainscoting

Mula-mula buat lakaran. Boleh jimat penggunaan kayu supaya tak tersalah potong.

Panjang kayu 6 kaki 4 inci.

Saya beli 10 batang. Ukuran yang saya buat ni ngam-ngam untuk 10 batang.

Kemudian potong kayu ikut ukuran. Saya guna gergaji besi sebab mata gergaji ni halus. Kemasan cantik.

Untuk tampal ke dinding, saya guna pistol gam tu, anak-anak pun boleh tolong.

Gam kayu tu RM10 sebotol, pakai ½ botol dah cukup.

Tak perlu banyak-banyak. Calit-calit je. Kalau banyak nanti gam terkeluar jadi comot.

Selepas gam, tampal guna masking tape sementara gam asas melekat.

Biarkan dalam 2-3 minit sahaja.

Pemilihan Cat

Cat Jotun Majestic
Carbon black color code 9920
1 liter RM38 = boleh cover 8×8 kaki persegi

Kami guna 2 liter.

idea diy bilik tidur

Masa cat putih tak nampak perasan yang permukaan dinding tak rata.

Bila dah cat hitam baru nampak. Jadi kena gunakan wall sealer untuk rata kan dinding.

Calit-calitkan lubang halus dan permukaan dinding yang kasar tu.

Dah siap cat semua, inilah hasilnya…

Side table tu pun DIY sendiri juga.

Kalau perasan dalam gambar sebelum tu ada kan side table warna hitam. Dah dimakeover sekali. 

Dah alang-alang tu kami kongsikan juga caranya di bawah ni ok!

DIY Side Table

Side table ni dapat inspirasi untuk makeover semula jadikan ala-ala SSF.

Kos untuk makeover ni ngam-ngam RM100:

  • Tempah cermin 3mm RM80
  • Gam tiup RM10
  • Masking tape RM5
  • Spray tin color gold RM7.50

= Jumlah keseluruhan RM100

idea deko bilik tidur
Ini side table asal warna asal hitam.
idea deko bilik tidur
Spray gold bahagian tulang permukaan sahaja.
Dah siap spray biarkan kering, dalam 2-3 jam dah kering.
Kalau nak tunggu kering 2-3 hari pun boleh.
Pastikan ukuran cermin ngam-ngam dengan permukaan laci. Sementara tunggu badan dia kering, bolehlah tampal cermin pada laci.
idea diy bilik tidur
Calit-calitkan gam, jangan terlalu banyak pada bahagian tepi sebab nanti gam terkeluar jadi comot. Selepas gam, tampal tape agar cermin tidak bergerak dan biarkan ia kering selama 5-10 minit.
Badan side table pun dah kering. Kita mulakan tampal cermin pada bahagian badan.
Akhir sekali tampal bahagian atas. Siap.

Hasil Akhir

Walaupun ambil masa untuk DIY, tapi hasilnya memang puas hati dan yang penting dapatlah juga berjimat.

Semoga perkongsian ini dapat memberi idea dan inspirasi untuk deko bilik tidur masing-masing di rumah.

Walaupun penat, memang berbaloi kan DIY bilik tidur macam ni?

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun