Bosan makan makanan Melayu? Ikut resipi Mac n Cheese sihat ala Kourtney Kardashian

Siapa je tak kenal one of the Kardashians ni iaitu Kourtney. Terkenal dengan mengamalkan diet organik yang sihat, Kourtney Kardashian berkata comfort food pilihannya adalah Mac and Cheese.

“Saya hanya menggunakan kesemua bahan-bahan organik, pasta bebas gluten, sebaiknya keju bukan dari tenusu, kerana anak-anak dan saya tidak makan gluten atau tenusu,” kata ibu kepada Mason, Penelope dan Reign.

Kourtney memilih untuk memberi sentuhan sihat dan menambah daging bakon dari turkey, susu badam untuk rasa manis, keju kalau boleh organik dan pasta bebas gluten.

Korang boleh lah ubahsuai resipi ni mengikut citarasa tekak Melayu kita ni kannnnn.

“Saya bakar di rak bahagian atas ketuhar supaya ia mempunyai rasa rangup di atasnya. Saya suka campuran rasa dan tekstur Mac and Cheese,” jelasnya lagi.

Haaa jom lah kita terus ke resepinya :

Macaroni and cheese; Shutterstock ID 341544887

Hidangan untuk 8 ke 10 orang

6 sudu besar mentega organik
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
3 cawan organic pepper jack cheese
3 cawan keju cheddar organik
1 paket makaroni bebas gluten
1 sudu kecil mustard
5 cawan susu badam
1/2 cawan tepung organik
1 paket daging

Cara membuat

  1. Panaskan ketuhar kepada 350 darjah.
  2. Sediakan pasta mengikut arahan pada paket.
  3. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung, garam, mustard, lada hitam dan susu.
  4. Kacau selama 10 minit sehingga pekat, di atas api sederhana.
  5. Masukkan keju dan biarkan cair sepenuhnya.
  6. Tuangkan keju ke dalam pasta. Kacau serata yang boleh.
  7. Letak dalam kuali, masuk dalam ketuhar dan bakar sehingga garing, kira-kira 45 minit.

Hmm, tengok gambar yang dikongsi Kourtney, nampak sedap! Bolehlah cuba kan.