DIY Pokok Viral Hari Raya Dengan Modal RM24 Sahaja!

Salah satu dekorasi yang paling mudah adalah dengan membuat dekorasi pokok tiruan supaya ruang dalam rumah tampak lebih menarik.

Hampir 10,000 perkongsian di Facebook, cara yang dikongsikan oleh wanita ini tentang langkah deko pokok di rumah ini ternyata sangat mudah! 

Apa kata uols cuba supaya ruang di dalam rumah sempena lebaran ini tampak lebih segar dan meriah walaupun dalam dekorasi yang minimalis.

Bahan-bahan: 

1.   Daun ECO (1 paket ada 4pcs), 6 paket x RM2.10

2.   Rumput ECO RM2.10, Rotan Kedai Alat Tulis RM1.50

3.   Kalau tak jumpa rotan, boleh cari batang ni di My One Shop – RM4.50 seikat, ada dalam 10 batang.

4.   Pasu ECO RM2.10

5.   Span Bunga My One Shop RM1.50 x 2 = RM3

6.   Dawai Bunga RM1 (ada 28).

7.   Tape Bunga RM2 (ada 2 roll – guna 1 Roll je).

Cara-cara:

1.   Bengkokkan batang daun macam ni

2.   Ikat batang daun pada rotan

3.   Ikat jangan selari, biar berselang tinggi rendah

4.   Masukkan batu sikit dalam pasu supaya pasu berat. Potong rumput ikut permukaan pasu.

5. Lilit tape bunga supaya dawai tadi terselindung dan nampak kemas, ni gambar sebelum siap nampak serabut. Gambar dah siap lupa nak tangkap.

6.   Siap! Dah boleh deko siap-siap untuk raya!

Selamat mencuba!

Sumber : Fadilah Ariffin

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun