Face Mask tak boleh dibuang sesuka hati… ini cara yang betul

Cik Ju perasan setiap kali orang pakai face mask, mereka akan buang face mask tu ke dalam tong sampah. Tapi pernah tak uols fikir yang itu adalah cara yang salah sebab ia akan mendedahkan bakteria dan kuman kepada pihak lain pula?

Kepada siapa? Of course lah  kepada berpuluh-puluh warga kerja kontraktor yang kutip sampah, bayangkan kalau korang terkena jangkitan covid-19, dan face mask korang dibuang dalam tong sampah sebegitu sahaja, virus itu akan merebak kepada pekerja itu pula.

Apa yang Cik Ju nak pesan kepada Cik Ju sendiri dan korang semua, sebenarnya nak buang face mask ni pun ada caranya, tak boleh buang sesuka hati walaupun ia bukan dikira sebagai bahan buangan berbahaya (hazardous waste material).

Jadi bagaimana cara yang betul nak bang face mask terpakai?

Langkah Pertama: Basuh dulu tangan anda.

Langkah Kedua: Tanggalkan topeng dengan memegang gelung atau telinga topeng tanpa menyentuh lapik luar atau dalam topeng.

Langkah Ketiga: Lipat topeng tanpa mendedahkan lapik ‘tercemar’ yang terkena bendalir dari mulut dan hidung.

Langkah Keempat: Bungkus dalam plastik atau kertas sebelum dibuang dalam tong sampah.

Langkah Kelima: Basuh tangan anda.

sumber : Astro Awani