German cookies: kuih raya simple dan mudah!

Siapa pernah rasa biskut raya German Cookies ni?

Cookies ni teksturnya boleh dikatakan ala-ala seangkatan dengan biskut suji atau makmur. Ianya rangup di luar dan cair di mulut… Fuh, memang susah nak berhenti makan bila sekali dah menghadap biskut ni tau.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba resepi German Cookies sangat simple dan sedap yang dikongsikan oleh MariaKhalisya Khalis ini.

Bahan-bahan: 

Bahan asasnya cuma 5 bahan ni saja:

  • 1 buku butter 250g (saya guna jenama Econsave je*)
  • 1 paket tepung kentang 350g
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula aising
  • Esen vanila (1 penutup vanila tu)
  • Garam secubit

*Terpulang kalau nak guna butter yang mahal mungkin lagi sedap dan wangi. Tapi kalau guna Buttercup pun dah ok sangat dah.

Dekat bawah ni gambar tepung kentang.

resepi german cookies

Ini pula cawan yang saya guna untuk sukatan buat biskut ni.

Kalau adunan lembik sangat bolehlah tambah tepung gandum sedikit demi sedikit ya.

Resepi german cookies

Cara-cara: 

1.   Pukul / putar butter dan gula

Mula-mula putar butter dan gula aising. Saya putar guna mixer.

Kalau tak ada mixer, boleh juga pukul butter dan gula aising dalam mangkuk pengadun menggunakan senduk.

Pukul hingga gebu dan ringan.

2.   Masukkan tepung

Seterusnya ayakkan tepung kentang dan tepung gandum.

Kemudian masukkan ke dalam adunan. Gaulkan hingga mendapat doh yang lembut.

3.   Simpan adunan dalam peti sejuk

Doh ni memang agak lembek ya.

So kita simpan dalam peti sejuk kejap, lebih kurang 20 minit baru bentukkan nanti.

4.   Bentukkan

Selepas 20 minit, keluarkan dari peti sejuk dan dohnya akan keras sikit.

Bolehlah kita buat saiz bulat-bulat ikut saiz yang kita suka. Bulat tu jangan besar sangat, bagus sekali bite je.

Tekan sikit guna jari dan ambil garfu untuk buat corak di atasnya tu.

Nak letak chocolate rice, chocolate drizzle, atau sebarang hiasan terpulanglah ya.

Saya bubuh gula warna-warni ni je.

Resepi german cookies

5.   Bakar

Akhir sekali, bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. (Ikut saiz dan oven masing-masing, kalau besar boleh bakar lama sikit.)

Dulang tak perlu sapu apa-apa sebab tak melekat.

Bila dah bakar nanti biar sejuk baru angkat biskutnya ya.

Resepi german cookies

Siap!

Bila dah sejuk bolehlah simpan dalam balang. Sedia untuk dimakan!

Selamat mencuba!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun