Gosok gigi 2 kali boleh kena diabetes!

Hi Mommies, cuba fikirkan balik, uols kalau dekat rumah mesti jaga kebersihan anak, mandikan dengan bersih dan gosok gigi mereka paling kurang 2 kali sehari, kan?

Sebenarnya cara itu salah, sebab karies masih boleh tumbuh dengan banyak pada gigi anak korang, malah boleh juga menyebabkan sakit gusi.

Cara yang paling berkesan adalah mommies perlu gosokkan gigi mereka 3 kali sehari.

Gambar : Hellodoktor

Dan jika kurang daripada itu, risiko untuk dihidapi diabetes itu tinggi. Itu untuk anak-anak kita.

Untuk golongan dewasa pula, mereka yang berumur bawah daripada 51 tahun yang memberus gigi melebihi 2 kali dalam sehari, mempunyai 14% risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit diabetes.

Para penyelidik menyatakan, keradangan pada gusi memainkan peranan yang signifikan dalam menyumbang kepada penyakit diabetes.

Bukan itu sahaja, penyakit gusi juga telah dikaitkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan lain termasuklah strok dan penyakit jantung. Bagaimanapun, penyebabnya masih kurang jelas.

Manakala jika dibandingkan antara kaum lelaki dan perempuan, kaum perempuan lebih kurang mengalami risiko untuk mendapat diabetes disebabkan oleh lebih kerap memberus gigi.

So kesimpulannya, tidak kira golongan umur, kalau lebih kerap berus gigi, lebih kurang lah risiko uols semua untuk dihadapi diabetes!

Sumber : Hellodoktor.com