Hiasan kepala wanita zaman dahulu, memang fashionista!

Wanita dan fesyen memang tak dapat dipisahkan. Dari zaman dahulu lagi, fesyen wanita mengalami evolusi menarik. Ada yang masih relevan, ada jugak yang nampak aneh bila tengok balik! 

Haa harini Sis Tina nak share aksesori kepala wanita zaman dahulu yang mungkin korang tak tau.

Fengguan (China)

A picture containing person, clothing, red, little

Description automatically generated

Fengguan merupakan aksesori kepala bagi wanita berkelas tinggi pada Dinasti Ming, ketika menghadiri majlis keramaian atau rasmi. Fengguan didatangkan dalam pelbagai variasi rekaan, bergantung pada jumlah naga, burung phoenix dan hiasan yang lain.

Fascinator (UK)

A person wearing a hat

Description automatically generated

Fascinator diperkenalkan pada kurun 19 sebagai hiasan kepala yang menutup sebahagian rambut, namun mula menjadi fesyen pada tahun 1960 sebagai topi koktel sehinggalah 1990-an. Kini ia menjadi aksesori tradisional dipakai ketika majlis perkahwinan dan acara rasmi lain.

Tengkolok Tanduk (Indonesia)

A person wearing a hat and smiling at the camera

Description automatically generated

Tengkolok Tanduk merupakan pelengkap gaya bagi pakaian tradisional orang Minangkabau. Bentuk tengkolok sangat menarik, ia diambil dari bentuk tanduk kerbau. Biasanya dipakai oleh pengantin perempuan Minangkabau dan ia bermaksud wanita terbabit kini sudah menjadi pemilik rumah atau isteri.

Herero Cow Horn (Namibia)

A picture containing outdoor, person, sport, holding

Description automatically generated

Kalau Indonesia berbangga dengan tengkolok tanduknya, lain pula ceritanya dengan puak Herero di negara Namibia yang menyerlahkan penampilan kolonial mereka dengan aksesori kepala berbentuk tanduk lembu. Kenapa kolonial? Mereka pernah dijajah oleh Jerman pada tahun 1884-1915 dan fesyen kolonial menjadi pakaian tradisional mereka sehingga sekarang.

Kokoshnik (Russia)

A person wearing a white shirt

Description automatically generated

Hiasan kepala dijahit khas dengan butiran mutiara dan hanya dipakai oleh mereka yang sudah berkahwin menjadi identiti wanita Russia sejak kurun ke-16 hingga ke-19 di utara Russia, namun kini dijadikan sebagai aksesori bagi pakaian tradisional orang Russia. Aksesori ini diinspirasikan dari seni reka bangunan Russia, rekaan kokoshnik yang kebanyakannya membentuk mercu.

Menarik kan? Ada yang nak cuba ke? Share lah gambar dengan Sis Tina ya.