Ibu terharu anaknya Sindrom Down berjaya ‘lawan’ Covid-19

Mommies mana yang tak happy kalau ada anak istimewa yang pulih dari covid-19. Itulah yang dirasai seorang wanita selepas anak perempuannya yang juga penghidap Sindrom Down, disahkan pulih daripada wabak Covid-19 dan dibenarkan keluar dari hospital.

“Saya bersyukur kepada Tuhan, terima kasih kepada semua kakitangan penjagaan di hospital ini. Mereka lakukan yang terbaik untuk anak perempuan saya. Saya sangat bangga dengan mereka”.

Wanita itu dan anak perempuannya yang enggan dikenali identiti mereka turut dilihat melambai-lambai saat keluar dari Pusat Perubatan Kendall Regional di Miami baru-baru ini. 

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, kelihatan kakitangan hospital bertepuk tangan dan bersorak ketika bekas pesakit itu disorong dengan kerusi roda yang dihias dengan belon.

Individu yang menghidap Sindrom Down cenderung mempunyai keadaan kesihatan yang boleh meningkatkan risiko kepada komplikasi Covid-19.

Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat mengatakan bahawa individu dengan Sindrom Down mempunyai risiko kecelaruan darah (blood disorder) yang tinggi termasuk anemia iaitu zat besi rendah dalam darah, dan leukemia iaitu kanser sel darah putih.

uols mungkin berminat baca:
Tetap kahwin walau Covid-19
Lagi nama bayi unik sempena covid-19… Sanitiser