Ingatkan susah… senang rupanya buat puding pisang kastard ni!

Kalau time PKP ni keluarlah semua menu selagi ada. Kan? Sebab anak-anak ramai, so mommies kenalah buat makanan macam-macam untuk hidangan seisi keluarga! 

So hari ni melalui perkongsian resepi Mas Cotek, mommies boleh try pula buat puding pisang kastard! Nampak je susah tapi sebenarnya ni la resepi yg membahagiakan sebab mudah dan ringkas! 

Bahan-bahan: 

A. Bahan pisang berserta mentega

  • 5 biji pisang nangka
  • 3 sudu makan mentega

B. Bahan sos kastard

  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan tepung kastard
  • 3 sudu makan gula pasir
  • ½ sudu makan garam
  • 1 sudu teh esen vanila

C. Bahan-bahan lain

  • Ceri merah
  • Ceri hijau
  • Kismis

Cara-caranya:

  1. Cairkan mentega, kemudian masukkan semua pisang dan gaul rata (bahan A). Sejukkan dalam peti ais.
  2. Satukan semua bahan (B) dan sebatikan.
  3. Masakkan semua bahan-bahan itu sehingga sebati menggunakan api perlahan. Pastikan adunan dikacau sehingga pekat.
  4. Sejukkan sebelum disiram ke atas pisang. Taburkan bahan-bahan (C) iaitu kismis, ceri sebagai hiasan.

Siap!

Uols mungkin berminat baca:
Roti gebu macam Rotiboy
Jom buat taufufa sendiri di rumah!
Jom try kek batik white coffee!