Jemaah lelaki dan wanita Indonesia panjat palang, tetap ingin berterawih di masjid

Cerita bersambung, dah macam drama sinetron pulak! 

Bagi siapa yang follow cerita penduduk di Indonesia tetap mahu berterawih sehinggakan ada yang pengsan, baru semuanya bersurai… kejadian itu bersambung lagi. 

Tapi kali ni di Parepare, Indonesia di mana penduduknya tetap mahu pergi ke masjid untuk berterawih secara berjemaah.  

Apa yang lebih mengejutkan mereka sanggup memanjat palang masjid supaya dapat masuk untuk solat di dalam, seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Meskipun menyedari bahayanya Covid-19 namun perkara itu tetap tidak diendahkan oleh masyarakat di situ.

Bukan sahaja jemaah lelaki yang panjat pagar untuk masuk ke dalam masjid malah jemaah perempuan juga turut ikut sama.

Tidak dinafikan pihak masjid sentiasa mengingatkan supaya jemaah beribadah di rumah sehingga pandemik ini berakhir.

Bagaimanapun, pihak masjid tetap membuat inisiatif dengan menyediakan topeng kepada jemaah yang tidak memiliknya, periksa suhu badan sebelum masuk ke masjid dan menyediakan bilik pembasmian kuman untuk jemaah.

Pergerakan ini dijaga oleh pihak berkuasa dan akhirnya para jemaah hanya solat Isyak di masjid.

Manakala untuk solat terawih mereka diarahkan pulang dan melakukannya di rumah.

uols mungkin minat baca:
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun