Jijik…Wanita jilat tandas konon buat ‘Covid-19 challenge’

Eh korang ni tak ada kerja ke sampai buat covid-19 challenge? Korang tak sayang nyawa eh ladies? Memalukan!

Cik Ju tengok je gambar dia jilat tempat duduk tandas ni terus rasa nak muntah, kononnya nak bersihkan dulu daripada koronavirus yang merebak di seluruh negara ni. Muka je cantik tapi otak letak dekat lutut pun tak guna juga, sakit hati Cik Ju!

Korang pun mesti dah tengok video Tiktok yang dimuat naik oleh seorang wanita tular menunjukkan dia menjilat permukaan tempat duduk tandas dan menamakannya sebagai “Covid-19 Challenge”. Kejadian tersebut dipercayai dilakukan di dalam sebuah kapal terbang dan mendapat kecaman semua yang menontonnya.

Wanita yang dikenali sebagai Avalouiise mempertahankan dirinya dengan alasan sudah mencuci tempat duduk tandas terbabit dengan menggunakan Clorox selama 40 minit sebelum menjilatnya. Setelah video itu dimuat naik, dia juga mendakwa dia masih sihat dan tidak mengalami simptom-simptom Covid-19.

Tapi, yang peliknya Avalouiise dilihat suka dengan perhatian yang diberikan oleh netizen terhadapnya. Selain itu, dia juga dikatakan telah menjana lebih kurang RM12,000 daripada video yang tular itu. Kot ye pun nak cari duit lebih, jangan lah buat benda bodoh dan menjijikkan. Aduh pening kepala Cik Ju!

Kebodohan wanita itu juga mendorong pengguna Tiktok yang lain memuat naik video mereka dengan menjilat tombol pintu.

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita ini kerana ia juga boleh membuatkan orang terkena tempiasnya.

Apalah nak jadi dengan wanita sekarang ni…