Wah wah ada je resepi baru sekarang kan? masuk kerja dengan badan tembun la memasing ni…ihiks! 

Well Cik Ju nak share ada 1 lagi resepi sedap korang boleh try iaitu kek batik white coffee! Menarik kan? sebab kan sebelum ni uols akan try kek batin yang letak milo and coklat tu je kan..kali ni kita buat lain sikit.  Jom follow cara dia yg mudah dan ringkas! 

Bahan-bahannya: 

  • 500 gram biskut Marie
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 6 sachet kopi 3 in 1

Cara-cara:

1.   Cairkan mentega.

2.   Masukkan susu segar dan susu pekat dan tunggu sehingga mendidih. Tutup api.

3.   Masukkan kopi 3 in 1. Kacau rata, pastikan kopi tidak berketul-ketul.

4.   Masukkan ke dalam loyang acuan.

5.   Simpan dalam peti ais semalaman.

Siap! Selamat menjamu selera uols! 

Sumber: Ika Junaidi