Kiub magic gabungan 2 bahan untuk atasi rambut gugur

Kalau haritu Kak Jah share limau nipis buatkan korang langsing, kali ni Kak Jah terbaca khasiat limau purut pulak bagi merawat rambut gugur. 

Wahhh menarik betul golongan limau ni! Kita perempuan ni risau betul kalau rambut start gugur, tak kisahlah pakai tudung ke tak pakai tudung ke. Rambut gugur ni scary tau, rambut kan mahkota wanita, tak letups lah kalau mahkota takde uols haha.

Okay so resepi kiub magic ni menggabungkan dua bahan iaitu santan dan limau purut. Dahlah senang, berkesan pulak tu!

Caranya mudah sahaja. Meh tengok sini. Ini merupakan perkongsian Ahmad Hunain menerusi Twitter dia.

A picture containing window, table, food, photo

Description automatically generated
  1. Ambil beberapa biji limau purut, potong kecil dan kisar dalam blender bersama santan.
  2. Bila dah kisar, masukkan dalam bekas ais yang kita selalu buat ais kiub tu.
  3. Dah keras, keluarkan dan gosok je dekat kulit kepala.
  4. Biarkan selama beberapa minit dan bilas rambut sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali dan korang dah boleh lihat keberkesanannya nanti.
A picture containing food, indoor, table, cup

Description automatically generated

Petua semula jadi ni mampu membuatkan akar rambut menjadi kuat, kulit kepala segar dan rambut harum, sihat dan bersinar.

Dah siap! Senang je kan guys? Bahan pun readily available. Selamat mencuba ya.