Ramai fikir makan yogurt, memang sihat. Tapi uols tahu tak sebenarnya ada perkara yang boleh memudaratkan diri kalau makan banyak? 

YES! jangan terkejut okay, baca sini dulu. 

Terlalu Banyak Probiotik Memudaratkan

Kredit: PR Newswire

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) probiotik merupakan mikroorganisma hidup yang boleh memberi kesan baik jika diambil dalam kuantiti yang cukup.

Tapi jika minuman yogurt yang mengandungi probiotik ini di minum setiap hari, apa akan jadi pada diri? Sudah tentulah ia akan menjejaskan kesihatan.

Minuman Yogurt Tidak Sesuai Untuk Pesakit Kanser

Kredit: NBC News

Air minuman yogurt yang mengandungi probiotik ini tidak sesuai untuk diminum oleh pesakit kanser, ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan probiotik dalam darah. 

Well, telah banyak kes penyakit kanser darah berlaku di kalangan kanak-kanak dan warga tua.

Jadi, uols perlu kurangkan atau hentikan pengambilan minuman yogurt demi menjaga kesihatan.

Berat Badan Berlebihan

Kredit: YouTube

Kajian mendapati kanak-kanak dan remaja berisiko mengalami masalah berat badan berlebihan. Ini adalah kerana pengambilan air minuman yogurt secara kerap boleh menyebabkan obesiti dan berisiko menghidap penyakit kardiovaskular.

Hal ini telah dilaporkan oleh ‘Healthy Lifestyle in Europe by Nutrition in Adolescence’ (HELENA).

Pewarna Tiruan Tidak Bagus Untuk Kesihatan

Kredit: Mad Kitchen

Air minuman yogurt juga mengandungi bahan pewarna tiruan meskipun di dalam minuman tersebut dicampurkan juga dengan buah-buahan asli sebagai penambah rasa. Bayangkan kalau setiap hari minum air yang mengandungi bahan pewarna tiruan apa akan jadi pada usus nanti? 

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun