Gambar : ig Nora Danish 

Siapa yang tak kenal dengan pelakon kecil molek cantik jelita, Nora Danish yang terkenal dengan muka manjanya yang membuatkan tidak kira lelaki atau perempuan suka melihat rupa parasnya. 

Dari dia bujang sampailah dia dah ada anak, wajah tetap sama, body tetap maintain. Bila keluar dengan anak tu macam adik dengan kakak je, min sendiri pun jealous tengok kecantikan Nora ni, apalah yang dia makan agaknya sampai dia tampak muda sampai hari ni. 

Gambar  : ig Nora Danish 

Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 2006 dan berpisah pada 2008. 

Selepas itu, Fasha bernikah dengan Jejai pada 2012 dan berpisah pada 2016. 

Kini, Nora sudah berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak, Mohammad Neqayl Nedim yang lahir pada Februari lalu.

Manakala, Fasha Sandha telah memilih tarikh yang sama untuk berkahwin dengan suaminya, Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.

Baru-baru ini tular videonya bersama anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 11 tahun melayan tiktok apabila tampil menari #AnysongChallenge, sekaligus ia mencuri perhatian seluruh warganet termasuk min sendiri! 

Menerusi laman sosial Instagram, Nora berkongsi video tarian tersebut untuk tatapan umum. 

“Mommy ikut je apa Qal suruh buat, hehehe,” tulisnya di  ruangan kapsyen. 

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan Nora kelihatan comel menari tarian yang menjadi kegilaan anak muda di aplikasi TikTok.

Rata-rata warganet Instagram terhibur dengan kecomelan gandingan Nora dan anaknya. 

Tidak kurang juga ramai yang memuji anak-beranak ini seperti adik-beradik. 

“Ni kakak dengan adik ni,” usik pelakon Yana Samsudin.

Seorang lagi warganet sangat memuji Nora dengan meminta anaknya, Rayqal jadi bodyguard kepada ibunya, 

“Seriously comel, Rayqal dah macam big boy sangat, jadi bodyguard mommy,” tulisnya. 

Any Song merupakan lagu penyanyi Korea, Zico, yang membuat cabaran tarian menggunakan lagunya dengan tujuan asal untuk promosi. 

Video #AnysongChallenge Nora dan anaknya sehingga kini telah menerima lebih satu juta tontonan.

A person standing posing for the camera

Description automatically generated

Nora sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 2006 dan berpisah pada 2008. 

Selepas itu, Fasha bernikah dengan Jejai pada 2012 dan berpisah pada 2016. 

Kini, Nora sudah berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak, Mohammad Neqayl Nedim yang lahir pada Februari lalu.

Manakala, Fasha Sandha telah memilih tarikh yang sama untuk berkahwin dengan suaminya, Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.