Petua goreng ayam tak berdarah? Jom ikut tips ni!

Goreng ayam nampak mudah tapi kadang-kadang bila goreng, masih ada yang berdarah, kan? Tapi sebenarnya menggoreng ayam pun ada teknik dan cara yang perlu difahami supaya isinya benar-benar masak. 

Kalau terlalu cepat diangkat, boleh jadi mentah. Tapi, kalau terlalu lama pula boleh menyebabkan ianya menjadi sedikit keras dan kurang enak.

Ayam yang berdarah dan masih mentah dapat menjadi pembawa bakteria salmonella dan virus berbahaya. Bukan itu saja, melihatnya saja boleh menjejaskan selera.

Maka, ini 6 petua goreng ayam yang uols perlu cuba untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

1.   Pastikan potongan tak terlalu besar

Uols perlu melihat saiz ayam yang ingin dimasak, terutamanya pada bahagian bertulang seperti peha (drumstick) dan kepak (wings).

Jadi, pastikan potongan pada bahagian ini tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.

2.   Mengelar atau merebus terlebih dahulu

Kalau uols lebih sukakan potongan ayam yang besar, apa yang boleh dilakukan adalah dengan menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebut supaya ia masak dengan sempurna.

Selain itu, mommies boleh juga merebus atau kukus ayam terlebih dahulu sebelum menggorengnya.

Foto Kredit: foochia.com
Kredit: foochia.com

3.   ‘Defrost’ ayam beku terlebih dahulu

Jangan terus menggoreng ayam yang baru saja dikeluarkan dari bahagian ‘freezer’. Walaupun kelihatan tidak berais, suhu yang sejuk ini mengambil masa untuk mengembalikan ayam ke suhu bilik. Kalau terus digoreng, kebarangkaliannya untuk masak di bahagian luar saja adalah tinggi.

Maka, pastikan mommies keluarkan ayam yang hendak digoreng tadi awal-awal dan rendamkannya dalam air suam buat sehingga lembut atau ‘defrost’ terlebih dahulu dalam ‘microwave’.

4.   Guna minyak yang banyak

Untuk mendapatkan hasil gorengan yang sempurna, pastikan mommies mengisi minyak yang banyak sehingga menutupi kesemua bahagian ayam dalam kuali.

Dengan cara ini, secara automatiknya proses pemanasan akan lebih merata sehingga daging ayam akan masak sempurna dan tidak berdarah.

5.   Guna api sederhana

Bagi memastikan ayam masak dengan sempurna hingga ke bahagian dalam, lebih baik memasak dalam suhu api yang kecil atau sederhana.

Jika api terlalu besar, bahagian luar akan terlalu cepat masak atau mungkin hangus walaupun bahagian dalamnya masih belum masak sehabisnya.

6.   Masukkan bahagian bertulang terlebih dahulu

Bahagian yang mempunyai ‘joints’ atau tulang-tulang bersambung dan lebih cenderung mengeluarkan darah tadi sepatutnya dimasukkan terlebih dahulu semasa mula menggoreng. Kemudian, barulah diterbalikkan ke bahagian yang kurang berisiko agar ia masak dengan sempurna.

Hasil gorengan yang lebih menyelerakan!

Dengan mengamalkan petua goreng ayam yang tepat, mudah-mudahan penampilan dan rasa ayam akan menjadi lebih nikmat serta menyelerakan!

Di samping itu, ia juga penting untuk memelihara ayam daripada sebarang penyakit apabila terdapat bahagian yang tidak masak dengan sempurna.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun