Petua nasi lemak masak elok, tekstur berderai

Rasanya semua rakyat Malaysia suka makan nasi lemak. Kan? Rugi la kalau ada yang tak suka. Tapi nak cari nasi lemak yang kena dengan citarasa kita bukannya senang. 

Kadang-kadang dapat nasi yang elok, sambal pula kurang. Bila dapat sambal sedap, nasi pula lembik atau mentah. Apa-apa pun, nasi tu yang penting. Kalau nasi tak menjadi, bukan nasi lemak la namanya.

So, macam mana agaknya ya nak dapatkan nasi lemak yang cantik berderai tu? Haa harini Kak Jah nak share tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial iaitu Puteri Azie. Petua ni katanya mak dia yang kongsi. So, selamat mencuba.

Kata Azie, seandainya nasi mentah, letak air panas dalam cawan yang dicampur garam.

Kemudian tutup semula periuk nasi tu dan biar dalam 10 minit.

A bowl of rice on a plate

Description automatically generated

Nanti korang akan nampak nasi tu masak elok je.

Seandainya nasi lembik, masukkan telur 5 hingga 8 biji ke dalam periuk tu. 

A close up of food

Description automatically generated

“Kalau periuk kecil, 3 biji dah okay. Bungkus tudung periuk nasi dengan kain dan tutup semula periuk dalam 15 minit. 

“Kalau tak menjadi alamatnya tambah air buat bubur lambok lah,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Tambah Azie, nasi lemak yang menjadi dan sedap nasinya berderai-derai, bukan melekat-lekat dan berketul-ketul.

Nak nasi cantik, waktu air dah kering tu, masukkan ½ senduk minyak masak. 

A close up of a metal pan filled with food

Description automatically generated

Bagi periuk kecil, 2 sudu dah cukup. 

Nanti nasi akan gebu dan cantik. Selamat mencuba!