Budak zaman sekarang mana tahu sangat tentang gula-gula kelapa ni. Orang dulu-dulu je tahu nikmatnya makanan lemak manis yang sinonim dengan budaya India ni.

Nostalgia sungguhlah kalau buka cerita pasal coconut candy ni.

Kredit: Roti n Rice

Sempena dengan Deepavali yang akan disambut bulan November ni, apa kata kita cuba buat resepi coconut candy daripada tuan Kesavanan ni. Supaya nanti bila dah power bolehlah hadiahkan dekat kawan-kawan dan jiran berbangsa India.

Katanya dengan resepi ni, gula-gula kelapa ni boleh tahan sampai 3 minggu! 

Bahan-bahan:

  • 400gm kelapa parut (sangai hingga separuh kering)
  • ¾ tin susu pekat (tin kecil F&N)
  • ¾ cawan gula halus
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna
  • ½ sudu makan mentega (buttercup pun boleh sebab ada rasa garam sikit)

Cara penyediaan:

  1. Gaul sebati kelapa parut, gula dan susu pekat dalam periuk non-stick guna senduk kayu.
  2. Kemudian masak guna api sederhana atau kecil.
  3. Kawal api supaya sentiasa pada api kecil. Kacau sebatian tadi sehingga pekat dan sebati lebih kurang 30 minit.
    **Tip: Nak tahu adunan dah kering ke belum, gentel sikit jadi saiz bola kecil dan masukkan dalam cawan berisi air kosong. Kalau bola tak terurai, maksudnya adunan dah hampir siap. Ini cara beliau test nak tahu adunan dah masak atau belum.
Kredit: Wikihow
  1. Masukkan esen dan pewarna. Kacau sebati dan tutup api. Masukkan mentega dan kacau sebati. Alihkan adunan ke loyang yang siap digris. Leperkan adunan panas tadi ikut ketebalan yang disukai.
    Step ni kena buat masa adunan masih panas. Boleh guna sarung tangan plastik yang kita guna untuk keluarkan talam. Biasanya tuan Kesavanan suka guna daun pisang sebab bau harum bila daun layur.
    Adunan yang dileperkan akan nampak pucat bila kering. Kemudian dia griskan permukaan dengan setitik dua butter supaya permukaannya tak nampak pucat.
    **Tip: Seeloknya masukkan esen dan pewarna ni di peringkat akhir supaya warna tak pudar masa kacau dan bau esen tak hilang – orang dulu guna esen yang water base, jadi bau esen tak hilang.
    **Tip: Hadkan penggunaan mentega supaya gula-gula lebih tahan lama.
  2. Kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai. Biarkan kering semalaman sebelum di simpan dlm bekas kedap udara.
Gula-gula kelapa bentuk bola. Kredit: Cookpad

Kalau nak bagi hadiah atau jadi kudap-kudap masa tengok movie pun boleh. Yang penting, resepi mudah sangat, tahan lama dan sedap.

Dahlah bahan pun senang nak cari. Bukan setakat dekat pasar raya besar, pasar raya biasa dengan pasar borong pun ada. Selamat mencuba!


Sumber: Kesavanan
Kredit gambar utama: Kesavanan