Kuih apam merupakan antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai.  Walaupun selalu disebut sebagai kuih orang dulu, kuih apam sangatlah sedap dan senang dimasak.

Dengan mencuba resepi daripada Puan Anie Hamid, anda mampu dapatlah apam kopi bite-size yang gebu gebas!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1¼  cawan gula castor
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar susu UHT
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 peket white coffee 

Cara-cara:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Tepung gandum, 1 peket white coffee, baking powder dicampurkan dan gaul rata.
  3. Masukkan adunan tepung dan susu bergilir-gilir hingga selesai.
  4. Akhir sekali masukkan ovalette. Pukul terus hingga adunan kembang dengan kelajuan tinggi.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping beg.
  6. Paip kan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  7. Didih air pengukus dan masukkan apam ke dalam periuk kukus.
  8. Kukus selama 7-8 minit hingga apam masak.

Anda boleh juga tengok video tutorial yang Puan Ani sediakan. Lebih mudah dan senang untuk faham.

Posted by Anie Hamid on Isnin, 11 November 2019

Sumber: Anie Hamid

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!