Ada plan nak makan dessert apa hujung minggu ni?

Kalau tanya kamilah, kami berikan cadangan resepi mudah je iaitu brownies. Nak buat brownies sebenarnya tak adalah susah mana pun. Cuma bahan-bahannya jelah yang agak mahal.

Kredit: Cooking Classy

Kalau beli brownies biasanya harga paling murah boleh dapat RM30 dan ianya boleh mencecah ke RM50-RM60 jika pelbagai varian dipilih sebagai topping.

Jadi kalau korang rasa tak nak bazirkan duit sebegitu banyak untuk brownies saiz 7 inci, apa kata cuba resepi mudah brownies daripada Tuan Khairul Hakimin Muhammad ni.

Bahan-bahan: 

  • 250gm dark chocolate compound
  • 1 cawan gula perang halus
  • 1 cawan setengah tepung gandum
  • 1 cawan butter / marjerin / planta / minyak masak
  • 1 sudu kecil FraZyme / serbuk penaik
  • 4 biji telur size A. Saiz B atau C, 6 biji 
  • ½ cawan buah kranberi kering
  • ½ cawan serbuk koko
  • ½ cawan kacang walnut (cincang)
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan:

  1. Gunakan kaedah bain marie atau double boiler untuk cairkan butter dan coklat. Ingat, guna coklat compound, bukan coklat masakan atau susu coklat.
  2. Sambil tunggu butter dan coklat mencair, pukul telur dengan gula perang bersama esen vanilla bekas lain.
  3. Masukkan tepung penaik dan gaul rata.
  4. Masukkan coklat dalam telur dan pukul hingga memekat.
  5. Gaul buah kranberi kering bersama tepung supaya tak jatuh masa masak nanti.
  6. Tuang tepung dan serbuk koko ke dalam adunan coklat dan telur tadi. Untuk kaup adunan jangan guna whisk tapi gunakan spatula.
  7. Masukkan kacang walnut cincang dan kaup lagi sekali. Sambil-sambil tu boleh panaskan oven selama 20 minit.
Kredit: Khairul Hakimin
  1. Letak kertas lapik sebelum masukkan adunan supaya mudah diangkat bila dah masak nanti.
  2. Bolehlah taburkan lebihan kacang dan buah kranberi kalau ada. Hias ikut kreativiti.
  3. Bakar dalam suhu 180 darjah selama 30 minit.
Kredit: Khairul Hakimin

Dah siap! Mudah sahaja kan? 

Walaupun tak berkedut, rasanya tetap sedap! Kredit: Khairul Hakimin 

Brownies ni memang sedap sangatlah kalau dijadikan bahan pencuci mulut masa panas panas. Dihidangkan dengan air coklat panas, bertambah selera nak makan.

Mungkin bila lihat pada senarai bahannya macam banyak sangat kan. Tapi kalau pergi pasaraya semuanya dah ada. Boleh borong semua dekat sana. 

Selamat mencuba!

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Kredit gambar utama: Sally Baking, Cooking Classy