Resepi Rendang Daging Turun Temurun Paling Senang

Jaranglah orang sambut hari raya tanpa hidangan wajib rendang. Tapi yang selalu orang hidangkan biasanya rendang ayam sebab senang dan cepat tapi kena tahu rendang ayam ni susah sikit nak jaga, sebab cepat basi.

Berbeza dengan rendang daging. Proses nak masak tu agak lama. Tapi zaman sekarang kan dah canggih, guna je pressure cooker untuk lembutkan daging.

Kredit: YouTube Che Nom

Untuk segmen resepi kali ini, kami nak kongsikan dekat korang resepi mudah rendang daging turun temurun. Specialnya hasil rendang ni rasa macam rendang tok nenek kita buat masa kecil-kecil dulu.

Jom cuba resepi Puan Saleha Maarof ni.

Bahan-bahan:

  • Daging segar – 9kg
  • *Cili api
  • *Bawang besar
  • *Serai kisar
  • Serai ketuk je
  • Kunyit
  • Santan segar (4kg)
  • Lada kering diblend

Nota: Bahan-bahan ni ikut sukatan agak-agak. Lagi banyak daging digunakan, lagi banyaklah kena guna bahan.

Cara penyediaan:

  1. Potong dulu daging tak perlu terlalu kecil. Cuci bersih dan toskan.
  2. Bahan bahan dalam gambar ke 2 (bertanda *) perlu dikisar dulu. Semua nak banyak mana ikut suka.
Lumur bahan dengan daging. Kredit: Saleha Maarof
  1. Kecutkan daging dan bahan bahan dikisar tadi terlebih dahulu. Bagi jus daging yang manis tu sebati keluar.
  2. Bila dah hampir kering, letakkan santan segar. Ikut juga berapa banyak daging yang kita buat. Dalam resepi ni daging 9kg, santan segar 4kg. Jangan lupa letak serai yang diketuk tadi ye. 
Proses kecutkan daging sebelum letak santan. Kredit: Saleha Maarof
  1. Kacau la bahan semua ni sampai rasa kering. Jangan lupa letak garam secukup rasa.
  2. Proses akhir tu boleh buat pilihan nak berkuah sikit ke atau kering betul betul atau lembap. Ikut suka juga.
Close-up hasil akhir. Kredit: Saleha Maarof

Memang terliur kan? Tak hari raya pun boleh makan. Hidangkan dengan lemang tak pun nasi impit memang menyelerakan. Orang panggil pun boleh tak dengar tau.

Selamat mencuba!

Kredit gambar utama: Saleha Maarof