Kalau travel, kita selalu taktau nak bawak apa kan? Maklumlah tekak Melayu ni memang nak makan nasi dengan sambal je kalau boleh. Haa siapa kata tak boleh? Boleh, mommies sekalian. Sini SW kongsikan resepi sambal travel yang boleh juga dimakan dengan apa sahaja. Sedapnya!

A pan of pizza

Description automatically generated

Bahan-bahan pun mudah je :

Cili padi

Cili besar

Bawang putih

Bawang merah

Belacan

Tomato

Cara-caranya:

1. Gorengkan semua bahan yang disediakan di dalam kuali (pastikan tomato masuk last)

2. Angkat dan tumbuk cili padi, cili besar, bawang putih, bawang merah. Kemudian, tambahkan tomato dan belacan dan tumbuk sekali lagi, sehingga lumat.

3. Masukkan ke dalam kuali yang sama dan kacau, serta tambah gula dan bahan penambah rasa (seperti ajinomoto)

4. Ready untuk dihidangkan!