Well kita sejak pkp ni, ramai yang disiplin, duduk rumah, sebab takut dengan penularan wabak covid-19 kan, benda tak nampak. Jadi nak keluar sana sini memang meragukan.

Tapi dalam hal ni mesti mommies akan alert, sebab pengurusan rumah kita la mak-mak akan ambil tahu kan? Termasuklah peningkatan jumlah bil elektrik secara mendadak dari bulan-bulan sebelum ni!

Why?

Okay Cik Ju explain sikit ye..

  1. Bil ini untuk 2 atau 3 bulan (penggunaan letrik 2-3 bulan)
  2. Masa PKP semua kita dok di rumah – jadi elektrik guna lebih.

Untuk pengetahuan mommies, TNB dah mulakan operasi bacaan meter bermula 15 Mei 2020 untuk beberapa negeri di zon hijau dan kuning setelah 2 bulan terhenti semasa PKP.

Bil anggaran TNB semasa tempoh PKP adalah ikut bil bulan sebelumnya.

Tapi mommies kena tilik lebih sikit tahu, sebab bila terima bil nanti, tengok dalam petak kuning di bahagian kanan atas bil ada ditulis

  1. Bayaran penuh
  2. Pelan Bayaran Mudah

Apa benda ni?

Sepanjang tempoh PKP, operasi bacaan meter dan penyerahan bil dihentikan dan dugantikan dengan bil anggapan sementara waktu demi keselamatan pelanggan dan warga kerja TNB.

Jadi, operasi bacaan meter dan penyerahan bil dengan bacaan sebenar telah disambung secara berperingkat.

Jangan pening kepala mommies, jom kita faham seringkas yang mungkin!

Unit penggunaan sebenar akan dibahagikan secara sama rata mengikut bilangan hari  yang telah dianggarkan sebelum ini dan dijumlahkan semula secara bulanan.

Maka, jumlah unit penggunaan setiap bulan akan didarabkan dengan kadar blok tarif yang sepatutnya.

Bagaimana kiraan Prinsip Pelarasan Bil Anggaran ini dibuat?

Sebagai contoh, penggunaan dengan bacaan meter sebenar korang yang diperolehi pada bulan Mei ialah 900kWh.

Jumlah penggunaan 900kWh itu akan dibahagikan secara sama rata bagi tempoh 90 hari atau 3 bulan, iaitu dari tarikh penggunaan sebenar pada bulan Februari 2020 sehingga bulan Mei 2020.

Mommies boleh rujuk contoh kiraan pada jadual dibawah:

Untuk makluman korang, walaupun bil untuk tempoh 90 hari, namun ianya dikira secara prorata iaitu sama rata bagi bilangan hari (sebenarnya ia masih sama seperti sebulan penggunaan kerana blok tarif tersebut telah diproratakan)

Kaedah pengiraan bil secara prorata dibuat seperti berikut:

Maka, kaedah pengiraan secara prorata bagi setiap blok tarif akan memberi kesan yang sama dengan prinsip pelarasan bil anggaran. So kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut, korang boleh layari laman web TNB di https://www.tnb.com.my/prihatin atau menghubungi terus TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 selain menerusi emel [email protected].