Roti buku habis? Takpe jom buat sendiri

Kak Jah dengar musim PKP ni ramai yang tak dapat makan roti sebab takde stok. Nak kejar lori roti yg hantar pepagi tu tak daya la. 

Jangan panik uols, kalau takde kat kedai kita buat la sendiri kat rumah. So, Kak Jah decide nak share je resepi roti homemade perkongsian Hehiman Sakuan ni. 

Amboiii gebu betul roti dia. Jom buat!

A picture containing food, cake, table, sitting

Description automatically generated

Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 cawan susu
  • 1 sudu makan yis
  • Garam

Cara-caranya:

1.   Gula digaul bersama susu pilihan anda dan yis. Biarkan bahan tersebut seketika sampai berbuih. Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam.

A bowl of soup and a spoon

Description automatically generated

2.   Uli bahan tadi seketika sebelum masukkan pula marjerin dan diuli sekali lagi. Biarkan seketika untuk memberi masa tepung adunan tadi naik cantik. Masukkan dalam acuan pilihan dan bakar.

A picture containing indoor, box, filled, sitting

Description automatically generated

3.   Untuk membakar roti ini, anda disarankan menetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230 C selama 30 hingga 45 minit sahaja. Tetapi kalau warna roti sudah bertukar kuning, keluarkan terus.

Siap! Bolehlah makan dengan butter and jam!